Sorting by

×

PROMOSI CUTI SEKOLAH DI MELAKA WONDERLAND, TIKET SERENDAH RM35!

Masa Membaca:1 Minit, 30 Saat

AYER KEROH 13 Disember – Musim cuti sekolah Disember 2025 semakin dekat dan Melaka Wonderland Theme Park & Resort tidak mahu melepaskan peluang untuk meraikan anda semua bersama keluarga, rakan pejabat dan rakan sekolah dengan promosi istimewa!

Sempena cuti sekolah kali ini, pengunjung boleh menikmati tiket masuk serendah RM35 seorang dengan syarat pembelian minimum 4 tiket. Namun, tempahan perlu dibuat sebelum 14 Disember 2025 melalui talian rasmi Melaka Wonderland dan lawatan boleh dilakukan sehingga 20 Februari 2026.

Ketua Pegawai Eksekutif Melaka Wonderland, Seow Cheng Swee berkata, promosi itu bertujuan memberikan pengalaman seronok, selesa dan selamat kepada semua pengunjung, khususnya keluarga yang ingin memanfaatkan cuti sekolah untuk beriadah bersama.

“Selain harga tiket yang menarik, Melaka Wonderland juga menawarkan diskaun sehingga 50 peratus untuk aktiviti tasik seperti Pedal Boat, Tube Ride dan Fish Feeding, iaitu antara tarikan kegemaran pengunjung. Ini menjadikan pengalaman di taman tema itu lebih menyeronokkan dan berbaloi untuk semua ahli keluarga.

“Bagi mereka yang datang secara berkumpulan, taman tema ini menyediakan pakej fleksibel untuk sekolah, IPT, syarikat korporat dan agensi kerajaan. Setiap tempahan berkumpulan memerlukan minimum 35 peserta dan harga istimewa akan disesuaikan mengikut saiz kumpulan,” katanya.

Tambah Seow, Melaka Wonderland juga merancang menambah aktiviti permainan air baharu, khas untuk kanak-kanak, bagi memastikan pengalaman mereka lebih menyeronokkan.

Melaka Wonderland Theme Park antara taman tema terbaik di Malaysia dan telah menerima tiga kategori The Malaysia Book of Records, menjadikannya destinasi yang bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga berprestij.

Dengan pengiktirafan ini, pengunjung boleh yakin bahawa pengalaman di Melaka Wonderland menawarkan nilai hiburan yang tinggi, keselamatan terjamin, dan aktiviti berkualiti untuk semua peringkat umur.

Jangan lepaskan peluang cuti sekolah ini! Buat tempahan awal sekarang dan nikmati keseronokan di Melaka Wonderland dengan harga tiket serendah RM35, serta diskaun hebat untuk aktiviti yang menyeronokkan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

376
Kongsi :
Previous post RAIS TUNAI JANJI, REALISASIKAN PUSAT PENJAJA DI TAMAN KRUBONG JAYA
Next post MELAKA BAWA RESOLUSI BENARKAN HUKUMAN ROTAN DI SEKOLAH