Sorting by

×

PROTON S70 MENANTI PENGUNJUNG BERTUAH RXZ MEMBERS RIDE EDITION MELAKA 3.0

Masa Membaca:1 Minit, 19 Saat

KLEBANG 3 Disember – Pengunjung bertuah program RXZ Members Ride Edition Melaka 3.0 2025 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh, pada 12 dan 13 Disember ini bakal membawa pulang sebuah Proton S70.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, hadiah utama cabutan bertuah itu bertujuan untuk meraikan peminat sukan permotoran yang datang ke Melaka bagi bersama-sama menjayakan perhimpunan edisi kedua peminat motosikal Yamaha RXZ seluruh negara.

“Bersempena RXZ Members Ride Edition Melaka 3.0 yang akan diadakan pada minggu hadapan saya menjemput semua peminat-peminat motosikal untuk berkumpul di Melaka.

“Kerajaan Negeri menawarkan sebuah Proton S70 sebagai hadiah utama kepada pengunjung bertuah,” katanya selepas Majlis Penyerahan Grand Prize RXZ Members Ride Edition Melaka 3.0 2025 yang turut dihadiri Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman di sebuah hotel, di Klebang, hari ini.

Hadir sama, Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Negeri Melaka, Nasrul Ahmad; Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) Shaharul Azuar Idris dan Ketua Pegawai Eksekutif Melaka Taming Sari Berhad (MTSB) Nur Azan Hassan.

Menurut Ketua Menteri, penganjuran itu juga bertujuan untuk mengeratkan lagi persahabatan dan perpaduan melalui medium permotoran.

“Justeru itu Kerajaan Negeri menjemput kepada semua peminat RZX seluruh negara datang ke Melaka, bersama-sama kita raikan persahabatan melalui medium permotoran.

“Bersama-sama kita meraikan peminat RXZ yang telah berkunjung ke setiap negeri tetapi Melaka menjadi satu tempat daya tarikan yang begitu hebat,” katanya.

Terdahulu Ketua Menteri menyerahkan tajaan kereta kepada wakil penganjur Mohd Lukhman Hassan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

289
Kongsi :
Previous post BAJET NEGERI MELAKA 2026 BERFOKUSKAN RAKYAT, BERPANDU PORTFOLIO EXCO