
PTPTN-ADTEC MELAKA TEROKA POTENSI KERJASAMA STRATEGIK
TABOH NANING 9 Julai – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Negeri Melaka telah mengadakan kunjung hormat ke atas Institut Teknologi Automotif Termaju Proton (ADTEC) Melaka, di sini, baru-baru ini.
Kunjung hormat itu diketuai Pengarah PTPTN Negeri Melaka Mas Anisah Ayu Othman dan disambut Pengarah ADTEC Melaka Ts. Dr. Norhuda Salim.
Menurut Mas Anisah, kungan itu bertujuan memperkukuh hubungan dua hala serta meneroka potensi kerjasama strategik antara PTPTN dan ADTEC Melaka, khususnya dalam memperluas kesedaran mengenai Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN).
“Antara perbincangan utama termasuklah cadangan sesi taklimat dan slot promosi SimpanSSPN semasa perhimpunan bulanan warga ADTEC.
“Pihak ADTEC turut menawarkan fasiliti mereka bagi penganjuran kursus jangka pendek, yang boleh dimanfaatkan dalam program dalaman PTPTN, selain berkongsi mengenai kebolehpasaran tinggi pelajar ADTEC selepas tamat pengajian,” katanya dalam satu kenyataan.
Terdahulu, sesi kunjung hormat itu turut dihadiri Timbalan Pengarah Operasi ADTEC, Hamimah Mamat; Pengurus Cawangan PTPTN Negeri Melaka, Siti Suhanafiah Soefjan Joenoes; Pengurus Jualan PTPTN Negeri Melaka Mohd Shafiq Shafee serta pegawai-pegawai yang lain.
Mewakili PTPTN Negeri Melaka, Mas Anisah merakamkan penghargaan kepada ADTEC Melaka atas sambutan mesra dan komitmen membina kerjasama bermanfaat demi kesejahteraan pendidikan negara.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.