Sorting by

×

PULAU SEBANG SENTRAL SEDIA PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN AWAM LEBIH BERKUALITI, SISTEMATIK

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

GADEK 14 Jun – Pembukaan terminal bas baharu, Pulau Sebang Sentral awal bulan ini, bakal menawarkan perkhidmatan pengangkutan awam yang lebih berkualiti dan sistematik kepada penduduk sekitar Dewan Udangan Negeri (DUN) Gadek.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gadek, Datuk VP Shanmugam berkata, bangunan terminal yang luas juga memberikan keselesaan dan memudahkan penumpang yang menggunakan pengangkutan awam.

“Saya amat berharap Pulau Sebang Sentral yang lengkap dengan pelbagai kemudahan ini akan menjadi pemangkin kepada ekosistem ekonomi setempat dengan tempiasnya dirasai oleh peniaga.

“Kemudahan ini dilengkapi 20 unit pelbagai jenis gerai, dua kaunter pelbagai; enam kaunter tiket bas dan 14 lorong bas,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Shanmugam berkata kemudahan lain turut disediakan seperti surau, tandas, kawasan parkir yang luas dan kaunter bayaran berkaitan perkhidmatan Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG).

“Selain itu, kita juga dalam usaha untuk membina jejantas menghubungkan bangunan ini dengan Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Pulau Sebang.

“Apabila siap kelak jejantas ini akan menjimatkan masa pengguna, hanya perlu berjalan lima minit dari Pulau Sebang Sentral ke Stesen KTMB Pulau Sebang atau sebaliknya.

“MPAG telah menghantar permohonan peruntukan tambahan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk kos pembinaan jejantas ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

616
Kongsi :
Previous post USAHA PROAKTIF MELAKA TARIK MINAT BELIA PILIH TVET
Next post BELA NASIB PEKERJA DI MELAKA