Sorting by

×

Q’ASEH RAMADAN: MTD PROPERTIES SINARI KEHIDUPAN KOMUNITI AYER KEROH

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

AYER KEROH 1 Mac – MTD Properties meneruskan tradisi syarikat memberi sumbangan kepada masyarakat sempena bulan mulia ini menerusi penganjuran program Q’aseh Ramadan.

Inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu melibatkan penduduk Taman Tasik Utama, Ayer Keroh.

Program dengan kerjasama Masjid Taman Tasik Utama itu menghimpunkan warga kerja syarikat bersama komuniti setempat dengan aktiviti gotong-royong penyediaan bubur lambuk, penyampaian sumbangan kepada masjid dan golongan memerlukan serta majlis iftar bersama penduduk.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MTD Reime Rizal Abdul Aziz berkata, penganjuran ini merupakan kesinambungan program sama yang sebelum ini diadakan di Taman Sutera, Kajang.

“Sebagai syarikat pemaju hartanah yang bertapak lebih 30 tahun, kami percaya pembangunan bukan sekadar membina rumah tetapi membina kehidupan dan komuniti.

“Antara pengisian utama program termasuk pemberian duit raya kepada 84 anak yatim dan golongan asnaf, gotong-royong bersama Ahli Jawatankuasa masjid serta sumbangan kepada masjid,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada program berkenaan, di sini, semalam.

Hadir sama Ketua Pegawai Operasi Kumpulan MTD Dr. Nik Fauzan Nik Faizul dan Pengerusi Masjid Taman Tasik Utama Ir. Noor Fadhil Noor Muhammad.

Menurutnya, program Q’aseh Ramadan mencerminkan pendekatan MTD Properties yang menekankan keseimbangan antara pembangunan fizikal dan pembinaan nilai kemanusiaan dalam komuniti setempat.

“Kami komited meneruskan inisiatif seumpama ini di lokasi pembangunan lain sebagai sebahagian usaha berterusan memperkukuh hubungan dengan komuniti, di samping menyemai semangat keprihatinan dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

399
Kongsi :
Previous post MELAKA SALUR RM400,000 UNTUK BANTUAN AIDILFITRI
Next post MPHTJ SANTUNI, CERIAKAN AIDILFITRI GOLONGAN MEMERLUKAN