Sorting by

×

RAKYAT SAYANG TELOK MAS, 15,000 BERAYA DALAM SUASANA MERIAH

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

TELOK MAS 5 April – Kira-kira 15,000 pengunjung membanjiri Rumah Terbuka Aidilfitri Melaka Sayang Rakyat DUN Telok Mas, sekali gus mencerminkan sokongan padu rakyat terhadap penganjuran acara tradisi itu yang diadakan setiap kali lebaran.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Telok Mas Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman berkata, jumlah kehadiran itu membuktikan hubungan erat antara pemimpin dan rakyat di negeri ini terus kukuh.

Beliau yang juga Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri memaklumkan majlis rumah terbuka bukan sekadar platform menjamu selera, malah menjadi medium penting dalam merapatkan silaturahim serta menyemarakkan semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat.

“Alhamdulillah, kehadiran sangat meriah dan di luar jangka. Ini menunjukkan rakyat Melaka benar-benar menyokong dan menghargai usaha yang dibawa menerusi gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa),” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Telok Mas berkata demikian ketika ditemui pada majlis berkenaan di Padang Bola Taman Seri Telok Mas, di sini, malam tadi.

Tambah Abdul Razak, pihaknya menyediakan juadah untuk kira-kira 20,000 tetamu, namun anggaran kehadiran sekitar 15,000 orang sudah cukup menggambarkan sambutan hebat.

“Kehadiran ini juga mencerminkan bahawa rakyat sayangkan Kerajaan Negeri hari ini, dan hubungan itu perlu terus diperkukuh,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

403
Kongsi :
Previous post DATARAN ORANG KAMPUNG DIBANJIRI ‘LAUTAN MANUSIA’
Next post WRUR ASAHAN: ORANG ASLI NIKMATI ‘PAYUNG’ MELAKA SAYANG RAKYAT