Sorting by

×

RANGKA SOLUSI KHAS TANGANI SALAH LAKU PELAJAR SEKOLAH

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

SERI NEGERI 8 Disember – Satu resolusi khusus bagi menangani kesalahan moral di sekolah berpunca daripada penyalahgunaan media sosial bakal diangkat dalam Konvensyen Khas Pendidikan Negeri Melaka pada 12 dan 13 Disember ini.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman berkata, bengkel khas mengenai pengaruh media sosial terhadap salah laku moral pelajar akan menghimpunkan ketua-ketua kluster untuk menghasilkan satu keputusan ‘luar biasa’

“Isu buli dan kesalahan moral berkaitan media sosial semakin meningkat dan memberi kesan negatif terhadap generasi muda.

“Sebab itu kita mengadakan konvensyen ini, lengkap dengan bengkel, ceramah dan sesi perkongsian pengalaman supaya kita dapat mencari penyelesaian praktikal yang boleh diterapkan di sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Melaka Kelima Belas di sini, hari ini.

Beliau berharap setiap ketua kluster bengkel dapat mencari satu resolusi yang signifikan dan dapat dijadikan model untuk diangkat di peringkat nasional menerusi konvensyen itu.

“Ini bukan sekadar keputusan biasa tetapi satu langkah progresif untuk menangani buli dan salah laku moral murid berkait media sosial.

“Selain itu, bengkel ini turut memberi tumpuan kepada strategi mendidik murid supaya menggunakan media sosial secara bertanggungjawab,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

215
Kongsi :
Previous post MELAKA SASAR 200,000 PELANCONG ‘CRUISE’ TAHUN DEPAN
Next post BAJET NEGERI MELAKA 2026: BUKTI KOMITMEN PERKASA SYIAR ISLAM