
Rangkul Anugerah Emas di Dubai bukti komitmen kerajaan terhadap kelestarian alam
KUALA LUMPUR, 20 April – Kejayaan Pavilion Malaysia merangkul Anugerah Emas sempena Anugerah Pavilion Ekspo 2020 Dubai mencerminkan kejayaan negara menyampaikan komitmen terhadap kelestarian dengan mengekalkan biodiversiti di peringkat antarabangsa.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata anugerah itu juga merupakan testimoni antarabangsa terhadap pengisian program-program di Pavilion Malaysia seiring dengan tema, konsep dan reka bentuk Pavilion yang bertemakan kanopi hutan hujan (rainforest canopy).
“Ini termasuk mengguna pakai pelbagai konsep semula jadi seperti air terjun, taman-taman menegak dan elemen-elemen semula jadi yang lain.
“Tahniah Pavilion Malaysia. Pada 30 Mac lepas Pavilion Malaysia telah merangkul Anugerah Emas bagi Tafsiran Tema di bawah kategori Pavilion Kecil oleh Bureau International des Expositions (BIE),” kata Ismail Sabri menerusi catatan di laman Facebook rasmi beliau hari ini.
Membawa tema ‘Energising Sustainability’, Pavilion Malaysia menceritakan bagaimana kemajuan sosioekonomi boleh berlaku tanpa mengorbankan alam sekitar, dengan rakyat membina kemajuan ke arah masa depan yang lebih mampan.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RUMAH ADAT PERPATIH NEGERI MELAKA JENAMA BAHARU MUZIUM NANING
TABOH NANING 25 Disember – Muzium Sejarah dan Warisan Naning kini dijenamakan semula sebagai Rumah Adat Perpatih Negeri Melaka berkuat...
TAPAK PENJAJA MITC BERWAJAH BAHARU
BANDA HILIR 25 Disember - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) menyahut saranan Kerajaan Negeri dengan menyediakan tapak penjaja berpusat...
BAPA TERHARU LIHAT ANAK ‘ISTIMEWA’ TERUJA NAIK MENARA TAMING SARI
BANDA HILIR 24 Disember - Melihat anak istimewanya tersenyum dan girang ketika diberi peluang menaiki Menara Taming Sari menjadi detik...
KOMITMEN MPJ PACU JASIN LEBIH BERDAYA SAING
JASIN 24 Disember - Pendekatan santai melalui konsep 'Sembang Teh Tarik' dilihat sebagai medium berkesan bagi merapatkan jurang komunikasi antara...
1.3 JUTA KENDERAAN DIJANGKA MASUK MELAKA SEMPENA CUTI SEKOLAH DAN KRISMAS
AYER KEROH 24 Disember - Sebanyak 1.3 juta kenderaan dijangka memasuki negeri ini sempena cuti sekolah dan sambutan Hari Krismas,...
ASNAF MAIM DIINGAT KEMAS KINI PEMBAHARUAN PENDAFTARAN
AYER KEROH 24 Disember - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mengingatkan golongan asnaf di negeri ini supaya mengemaskini pembaharuan pendaftaran...
