
Remaja dipercayai terjatuh semasa memancing ditemukan lemas
KUANTAN, 1 Jan – Seorang remaja lelaki yang dipercayai terjatuh ke dalam sungai semasa memancing di Jambatan Kemasul 1, Felda Kemasul di Bentong dekat sini ditemukan lemas hari ini.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Zulfadli Zakaria dalam satu kenyataan memaklumkan mangsa, Muhammad Firdaus Yuseri, 16, ditemukan pada 3.55 petang pada kedalaman kira-kira tiga meter.
Mayatnya ditemukan kira-kira 10 meter dari lokasi dia dipercayai terjatuh oleh pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR).
Muhammad Firdaus dikatakan keluar memancing petang semalam sebelum ahli keluarga yang mencarinya menjumpai motosikal dan peralatan memancing milik mangsa di jambatan itu.
Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PSV TAMAT TEMPOH, GUNA TELEFON BIMBIT KETIKA MEMANDU ANTARA KESALAHAN DIKESAN DALAM OP PINKY
BUKIT KATIL 18 Jun - Sebanyak 39 notis saman dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka terhadap pengendali dan pemandu bas...
MPHTJ TAWAR KONSULTASI PERMOHONAN LESEN SECARA PERCUMA
AYER KEROH 18 Jun - Bagi menggalakkan golongan pemangkin ekonomi menjalankan operasi secara sah, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ)...
JPJ MELAKA KUTIP LEBIH RM62,000 HASIL LELONGAN 50 KENDERAAN
BUKIT KATIL 18 Jun - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka berjaya mengutip RM62,100.50 hasil lelongan 50 unit pelbagai jenis kenderaan...
PETUGAS PEMBERSIHAN ‘WIRA’ BANDARAYA
BANDA HILIR 18 Jun - Tugas mereka yang di sebalik tabir menyebabkan ramai 'terlupa' mengenai jasa petugas pembersihan yang sebenarnya...
LELAKI TIPU IBU TUNGGAL DIBERKAS
JERTIH 18 Jun - Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki memperdaya seorang ibu tunggal dengan menawarkan perniagaan ubat tidak wujud...
POLIS SIASAT BUNYI LETUPAN, GEGARAN DI IPOH PAGI TADI
IPOH 18 Jun - Polis sedang menyiasat dakwaan orang ramai mengenai bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di sekitar daerah...