Sorting by

×

REMAJA LELAKI DITEMUKAN TIDAK SEDAR DIRI DI BILIK AIR

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

AYER KEROH 7 Januari – Pelajar lelaki ditemukan tidak sedarkan diri selepas dipercayai terjatuh di dalam bilik air di kediamannya di Taman Merdeka, Batu Berendam, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kejadian menimpa mangsa berusia 13 tahun itu hanya disedari bapanya yang berusia 50-an kira-kira jam 11.30 pagi.

Beliau berkata, semasa kejadian mangsa tinggal seorang diri di rumah selepas bapanya keluar ke Melaka Raya kerana urusan insurans pada jam 8 pagi.

“Namun pada 11.30 pagi sebaik tiba di rumah dan memanggil anaknya itu, tiada sahutan walaupun terdapat bunyi air.

“Justeru itu dia kemudian bertindak mencecah pintu bilik air yang terkunci dari dalam sebelum mendapati anaknya berada dalam keadaan terlentang di atas lantai.

“Melihat keadaan itu, lelaki tersebut membawa keluar anaknya manakala isterinya menghubungi bantuan kecemasan sebelum ambulans tiba lalu membawa mangsa ke Hospital Melaka,” katanya.

Menurut beliau, ketika di Zon Merah pasukan perubatan telah memberikan bantuan prosedur resusitasi kardio-pulmonari (CPR) kira-kira 30 minit namun remaja terbabit tidak dapat diselamatkan.

“Pemeriksaan yang dilakukan keatas badan mangsa dapati tiada unsur-unsur jenayah selain kes diklafikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

“Polis menunggu laporan Jabatan Kimia bagi mengetahui punca sebenar kematian selain pihak kami turut memohon supaya tiada sebarang sebarang spekulasi dibuat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

496
Kongsi :
Previous post MBMB HARGAI PENGAYUH BECA JUJUR, TINGKAT IMEJ MELAKA DI MATA PELANCONG
Next post KENALI ‘AIDIL & ATIN’, KAMBING PALING POPULAR DI ZOO MELAKA