Sorting by

×

REZEKI ANAK, ORANG DUYONG MENANG PROTON S70

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

AYER KEROH 14 Disember – Sepasang suami isteri tidak menyangka kehadiran mereka ke program RXZ Members Ride Edition Melaka 3.0 2025 bertukar menjadi detik paling bermakna apabila memenangi hadiah utama cabutan bertuah utama berupa sebuah Proton S70.

Pemenang, Muhammad Syafiq Abdul Aziz, 33, berasal dari Duyong menyifatkan kemenangan itu sebagai rezeki anaknya, Luth Mikael Muhammad Syafiq, 4.

Berkongsi momen tersebut, Muhammad Syafiq berkata keputusan membeli tiket penyertaan oleh isterinya, Nurfadhilah Mohd Rosli,34, dibuat pada saat akhir tanpa sebarang jangkaan besar atau menaruh harapan tinggi untuk menang adalah tindakan tepat.

Katanya, dia dan isteri hampir pulang lebih awal apabila anak mereka mula meragam akibat kepenatan.

“Memang niat mahu pulang awal sebab anak sudah tidak selesa. Ketika berjalan menuju ke kereta untuk pulang seorang rakan menghubungi saya, katanya mahu berjumpa. Jasi saya menangguhkan hasrat untuk pulang.

“Tanpa disangka ketika itulah rezeki kami sekeluarga, apabila nombor bertuah kami dipanggil,”katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian Penutup RXZ Members Ride Edition Melaka 3.0 2025 yang disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh di Dataran MITC, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Muhammad Syafiq berkata, kemenangan tersebut dianggap hadiah paling bermakna, apatah lagi sebagai pasangan muda yang sedang membesarkan seorang anak.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

5425
Kongsi :
Previous post WRUR DUN BUKIT KATIL PERHALUSI, CARI PENYELESAIAN SETIAP ADUAN RAKYAT
Next post VENA VARIKOS: BUKAN SIMPUL BIASA