Sorting by

×

ROSSA PUKAU ORANG MELAKA DI KAMPUNG PULAU

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

TANJUNG BIDARA 12 April – Penyanyi popular dari ‘seberang’ Datuk Seri Rossa menggamatkan suasana di Villa d’Acqua, Kampung Pulau, malam ini.

Ia bersempena Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh Ketua Menteri Melaka merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bidara.

Penampilan penyanyi bertaraf antarabangsa itu merupakan antara kejutan yang dibawa bagi menghiburkan tetamu berbilang kaum yang hadir dari seluruh Negeri Melaka.

Pada majlis itu, Rossa mendendangkan 11 buah lagu popularnya seperti Ayat-Ayat Cinta, Hati Yang Kau Sakiti, Pudar dan Hey Ladies.

Pada sebelah petang, tetamu majlis itu turut dihiburkan dengan persembahan istimewa biduanita negara Datuk Seri Siti Nurhaliza yang mendendangkan dua lagu raya popularnya.

Terdahulu, majlis penuh kemeriahan itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar; Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dan lain-lain lagi.

Pada sebelah malam pula, majlis diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam bersama isteri Toh Puan Datuk Wira Dr. Asmah Abd Rahman.

Dianggarkan lebih 30,000 masyarakat berbilang kaum memeriahkan rumah terbuka itu yang merupakan satu penghargaan Kerajaan Negeri kepada rakyat.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

603
Kongsi :
Previous post BERTUAH ORANG MELAKA DAPAT TENGOK ‘KONSERT PERCUMA’ CAKRA KHAN