Sorting by

×

RUMAH TERBUKA AGENSI AGAMA ISLAM MELAKA MERIAH DALAM KESEDERHANAAN

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

PENGKALAN BATU 10 April – Kira-kira 1,500 tetamu hadir memeriahkan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Agensi Agama Islam Negeri Melaka 1447H/2026M di Pusat Islam Melaka, di sini, hari ini.

Majlis yang bermula seawal jam 2 petang itu turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam bersama Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Hadir sama, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman; ketua-ketua jabatan dan agensi agama Islam Negeri Melaka serta lain-lain kenamaan.

Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Shaifulfazlee Mohamad berkata, walaupun penganjuran rumah terbuka pada tahun ini diadakan secara sederhana, namun ia tetap mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.

“Walaupun diadakan dalam skala kecil, Alhamdulillah sambutan amat meriah dengan kehadiran kira-kira 1,500 pengunjung.

“Majlis ini menghimpunkan sebanyak 14 agensi agama di negeri ini, termasuk agensi di bawah MAIM yang bersama-sama menyediakan juadah kepada tetamu bagi menjayakan majlis ini.

IMG 20260410 184015
KETUA Menteri menyantuni petugas reruai makanan pada Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Agensi Agama Islam Negeri Melaka 1447H/2026M di Pusat Islam Melaka, Bukit Palah. Foto Muhammad Rasul Azli Samad

“Kita juga berterima kasih kepada Yang di-Pertua Negeri dan Ketua Menteri merangkap Pengerusi MAIM yang sudi meluangkan masa hadir memeriahkan majlis ini walaupun terdapat banyak jemputan rumah terbuka lain pada hari yang sama,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

444
Kongsi :
Previous post RUMAH BAHARU ROSMARIA ABADI KASIH ARWAH SUAMI
Next post YB ALONG BANTU REALISASIKAN IMPIAN ORANG ASAHAN MILIKI RUMAH