Sorting by

×

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DURIAN TUNGGAL SASAR LEBIH 1,000 PENGUNJUNG

Masa Membaca:55 Saat

AYER KEROH 27 Mac – Lebih 1,000 pengunjung dijangka hadir bagi bersama-sama memeriahkan Jamuan Aidilfitri Melaka Sayang Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal pada 15 April 2026.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal Datuk Zahari Abd Kalil berkata, sambutan itu akan diadakan di Sekolah Rendah Agama (SRA) JAIM Kampung Gangsa, Durian Tunggal.

Katanya, penganjuran tahun ini mengekalkan konsep seperti tahun lalu dengan menyediakan kira-kira 10 gerai menawarkan pelbagai juadah tradisional Aidilfitri termasuk ketupat dan lemang

Menurutnya, majlis tersebut tidak melibatkan keseluruhan DUN memandangkan terdapat cawangan yang turut menganjurkan rumah terbuka mengikut kawasan masing-masing.

“Namun, kita tetap meraikan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Beliau yang juga Timbalan Exco Kerja Rayat, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri amat mengalu-alukan kehadiran semua khusus penduduk di beberapa taman perumahan berhampiran.

“Jamuan ini bermula dari jam 8 malam hingga selesai, semua dijemput hadir bagi memeriahkan sambutan kali ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

447
Kongsi :
Previous post MeSRa: PARAKOM BUKTI KESELAMATAN RAKYAT JADI KEUTAMAAN
Next post UTEM PERKUKUH REPUTASI GLOBAL MENERUSI PENARAFAN QS WORLD UNIVERSITY RANGKINGS 2026