Sorting by

×

RUMAH TERBUKA BANTU PENIAGA KECIL JANA PENDAPATAN

Masa Membaca:56 Saat

TABOH NANING 1 April – Bagi bagi rakyat khusus daripada keluarga kurang mampu penganjuran rumah terbuka amat dinanti-nantikan kerana itu adalah masa buat mereka untuk menjamah hidangan yang dianggap istimewa seperti sate.

Begitu juga dengan peniaga kecil, penganjuran rumah terbuka dianggap sebagai rahmat dan peluang untuk menggandakan pendapatan yang datang cuma setahun sekali ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taboh Naning, Datuk Zulkiflee Mohd Zin berkata, operator dalam kalangan peniaga makanan dan minuman sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) itu diberikan keutamaan untuk menyediakan hidangan kepada tetamu.

“Bukan sahaja warga tempatan, orang luar juga ada yang hadir ke setiap rumah terbuka peringkat DUN dianjurkan di negeri ini, secara tidak langsung membantu mempromosikan produk makanan serta minuman peniaga di Melaka.

“Mungkin ada yang tertarik dengan hidangan disediakan kerana hanya ada atau ditawarkan oleh peniaga di Melaka sahaja,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Zulkiflee yang juga Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan iklim dan Pengurusan Bencana negeri berkata sehubungan itu penganjuran rumah terbuka perlu dilihat sebagai medium yang mampu membantu memperkasakan ekonomi penjaja kecil di Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

359
Kongsi :
Previous post KERAJAAN KEKALKAN BANTUAN BUDI DIESEL RM300 SEBULAN UNTUK APRIL – MOF
Next post MELAKA PERUNTUK RM1.2 JUTA LAKSANA PROGRAM PUPUK PERPADUAN RAKYAT