
RXZ RIDE EDITION 3.0: ‘HOMESTAY’ DI MELAKA MERIAH
AYER KEROH 15 Disember – Penganjuran RXZ Members Ride Edition Melaka 3.0 baru-baru ini dilihat membawa limpahan rezeki kepada pengusaha ‘homestay’ atau inap desa di negeri ini.
Presiden Persatuan Homestay Negeri Melaka Datuk Akramudin Ab Aziz berkata, penganjuran acara itu membantu menjana pendapatan kepada pengusaha homestay, sama ada yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) atau tidak.
“Homestay di Melaka memang laku seperti pisang goreng panas. Limpahan ekonomi daripada penganjuran acara ini dapat dirasai oleh pengusaha-pengusaha homestay khususnya sekitar daerah Melaka Tengah,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Bagaimanapun Akramudin menegaskan bahawa penganjuran acara itu akan ditambah baik pada masa hadapan bagi memastikan peserta mematuhi garis panduan ditetapkan.
“Sebarang kelemahan hanya bersifat kecil dan boleh diperbaiki dari semasa ke semasa, kita dapat lihat sendiri ia memberi sambil manfaat ekonomi kepada pengusaha homestay.
“Bagi saya, penting untuk melihat setiap program daripada pelbagai sudut. Jangan kerana segelintir pihak yang mungkin membuat bising, kita menafikan impak positif yang diterima pengusaha-pengusaha homestay,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

