
SAMB RAIKAN KAKITANGAN
BANDA HILIR 25 Disember – Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) menghargai kakitangannya pada Majlis Makan Malam SAMB 2024 di sebuah hotel di sini malam tadi.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata majlis tersebut bertujuan meraikan semua kakitangannya SAMB.
Ab Rauf yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah SAMB berkata kali terakhir SAMB mengadakan majlis menghargai kakitangan adalah pada tahun 2000.
“Pada majlis ini juga kita turut meraikan 27 kakitangan SAMB yang akan menamatkan perkhidmatan atau bersara.
“Majlis Makan Malam SAMB 2024 ini khusus untuk menghargai kakitangan serta semua warga kerja SAMB, agar berkhidmat dengan lebih gigih selain komited menuju ke tahun 2025 yang mungkin lebih mencabar,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam SAMB di sebuah hotel di sini.
Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azhar Arshad; Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer dan Timbalan Pengerusi SAMB, Datuk Wira Ab Wahab Ab Latif.
Turut hadir, Ketua Pegawai Kewangan SAMB, Hanim Ghauth dan Ahli Lembaga Pengarah SAMB, Datuk Wira Zainal Abu serta kenamaan lain.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
TANJUNG MINYAK PALING RAMAI JADI MANGSA JENAYAH SIBER
AYER KEROH 18 Januari - Balai Polis Tanjung Minyak di bawah daerah Melaka Tengah merekodkan jumlah kes jenayah siber tertinggi...
RANCAKKAN PROMOSI, BANTU CENDERAMATA MELAKA TERUS ‘HIDUP’
BANDA HILIR 18 Januari - Peniaga cenderamata di Bazar Kraftangan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Dataran Pahlawan berharap agar Kerajaan...
UITM MELAKA KOMITED LAHIRKAN GRADUAN BERJIWA USAHAWAN
LENDU 18 Januari - Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Melaka terus memperkukuh komitmennya dalam melahirkan graduan berdaya saing dan berjiwa...
JOM JADI ‘ZOOKEEPER’ SEHARI DI ZOO MELAKA
AYER KEROH 18 Januari – Zoo Melaka menawarkan pengalaman unik kepada pelajar untuk merasai sendiri rutin sebenar sebagai seorang penjaga...
MELAKA TINGKAT KUALITI BIDANG ASUHAN, PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
BANDARAYA MELAKA 18 Januari - Melaka terus komited mengangkat profesionalisme bidang pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak sebagai antara 'pelaburan' besar...
MPHTJ BINA TIGA TAPAK PENJAJA BAHARU TAHUN 2026
AYER KEROH 18 Januari - Tiga tapak penjaja baharu sedang dan telah dibina dalam kawasan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya...

