Sorting by

×

SAMBUTAN AIDILADHA MERIAH DI TANJUNG BIDARA

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

TANJUNG BIDARA 8 Jun – Umat Islam di negeri ini termasuk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara mengambil kesempatan sempena cuti untuk melaksanakan ibadah korban yang dijayakan secara bergotong-royong.

Kehadiran Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bidara, memeriahkan lagi suasana ibadah korban yang dilaksanakan di masjid, surau dan Balai raya sekitar DUN ini.

Ketua Menteri meluangkan masa hampir empat meronda sekitar DUN Tanjung Bidara bagi menyantuni masyarakat dan petugas yang menjalankan korban.

Antara lokasi terlibat adalah Kampung Seri Jeram, Masjid Al Jawahir Pengkalan Balak, Masjid Al Ehsan Kampung Londang dan  Kampung Pinang.

Selain itu Ab Rauf, turut singgah untuk meninjau pelaksanaan ibadah korban anjuran Pertubuhan Progresif Masjid Tanah di Perkarangan Surau Al A’la, Kampung Pinang yang turut dihadiri Adun Ayer Limau, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer.

Img 20250608 133843 553
AB Rauf dan Hameed bergambar bersama ahli Pertubuhan Progresif Masjid Tanah yang melaksanakan ibadah korban.

Kehadiran Ketua Menteri di setiap lokasi disambut senyuman mesra rakyat, malah beliau turut meluangkan masa untuk bersama melapah daging korban dan membantu mengagihkan sumbangan daging korban kepada asnaf.

Img 20250608 133736 893
KETUA Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh membantu mengagihkan daging korban kepada asnaf.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1130
Kongsi :
Previous post BOT TERBALIK: MAYAT PASANGAN SUAMI ISTERI DITEMUKAN PAGI INI
Next post MASJID Al JAWAHIR BAKAL BERWAJAH BAHARU