Sorting by

×

SAMBUTAN TAHUN BAHARU CINA HOTEL TAMARA PENUH MAKNA

Masa Membaca:1 Minit, 34 Saat

BANDARAYA MELAKA 24 Februari – Sambutan Tahun Baharu Cina Hotel Tamara Melaka, bukan sekadar diceriakan dengan dekorasi dan persembahan tarian singa, malah turut menyantuni golongan memerlukan.

Pengurus Besar Hotel Tamara Melaka Ong Yuh Jeh berkata, bersempena perayaan itu pihaknya turut menganjurkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Menurutnya, sambutan Tahun Baharu Cina bukan sekadar perayaan dalam kalangan kaum Tionghua sebaliknya diraikan oleh semua masyarakat berbilang bangsa.

“Ini tahun kedua kita mengadakan pertunjukan tarian singa selain turut mengadakan aktiviti kebajikan dengan mendermakan kit makanan sama ada kepada rumah jagaan orang tua atau rumah anak-anak yatim.

“Ia bukan sekadar berkongsi rezeki malah meraikan pekerja kami yang tanpa jemu mengerah keringat memastikan operasi Hotel Tamara Melaka sentiasa berjalan lancar,” katanya ketika ditemui selepas pertunjukan tarian singa yang turut dihadiri pemilik Hotel Tamara Melaka Khoo Chang Chiang, di Taman Kenanga, semalam.

6115918608308309823
PENGURUS Besar Hotel Tamara Melaka Ong Yuh Jeh. Foto Afiq Mustaffa

Menurutnya, Hotel Tamara Melaka merupakan cawangan ketiga rangkaian hotel tersebut dan mula beroperasi pada November 2024 dengan jumlah bilik sebanyak 108 unit serta turut dilengkapi dewan mesyuarat beserta dewan bankuet yang selesa.

“Terletak di lokasi strategik berdekatan dengan tempat tumpuan pelancongan dan Melaka Sentral menjadikan hotel kami amat sesuai untuk pelancong menginap.

“Meskipun masih baharu tetapi sambutan diterima amat baik apabila pelanggan kami terdiri daripada pelancong luar negara termasuk China, malah sarapan pagi di Hotel Tamara mendapat pujian apabila dikatakan antara yang terbaik,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, sempena Ramadan Hotel Tamara turut menyediakan Bufet Ramadan dengan lebih 100 jenis juadah berbuka yang pasti memikat selera pelanggan.

“Untuk tawaran istimewa atau ‘early bird promotion’ harga ditawarkan serendah RM65 dan selepas berakhirnya tempoh itu harga pakej adalah RM78.

“Dengan pelbagai jenis pilihan termasuk makanan tradisional dan tempatan terdapat juga kambing bakar serta hidangan Mediterranean untuk berbuka bersama keluarga,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

400
Kongsi :
Previous post ZAHARI PANTAU KAWASAN TERJEJAS LIMPAHAN AIR SUNGAI
Next post HOTEL TAMARA KONGSI REZEKI SEMPENA TAHUN BAHARU CINA