Sorting by

×

SANTAI SAMBIL BELAJAR DI MUZIUM SEJARAH DAN ETHNOGRAFI

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

AYER KEROH 30 Mei – Pelbagai aktiviti interaktif dan menyeronokkan menanti pengunjung sempena program khas cuti sekolah di Muzium Sejarah dan Ethnografi, Banda Hilir dari 31 Mei hingga 3 Jun ini.

Program anjuran Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) itu diadakan bagi menggalakkan ibu bapa membawa anak-anak melawat muzium sambil mengisi masa cuti persekolahan dengan aktiviti berfaedah.

Pengurus Besar PERZIM, Erne Hamsah berkata, program itu menawarkan empat hari aktiviti bertemakan pendidikan warisan dalam suasana santai dan menyeronokkan.

“Kami ingin mengubah persepsi bahawa muzium adalah tempat yang membosankan.

“Melalui pendekatan aktiviti kreatif seperti permainan tradisional, mewarna dan kraftangan, kanak-kanak bukan sahaja terhibur tetapi dapat menghargai warisan budaya kita,” katanya.

Menurut Erne terdapat dua sesi akan diadakan setiap hari iaitu pada jam 10 hingga 11.30 pagi dan 3 hingga 4.30 petang.

“Antara aktiviti menarik disediakan seperti seronoknya permainan tradisi kita pada 31 Mei, cantum-cantum warisan iaitu menyusun puzzle (1 Jun), suka-suka mewarna (2 Jun) dan DIY gelang manik (3 Jun).

“Penyertaan percuma bagi semua pengunjung yang membeli tiket masuk muzium, pelbagai hadiah menarik turut disediakan bagi menggalakkan lebih banyak penyertaan.

“Kami berharap ibu bapa dapat meluangkan masa bersama anak-anak dan menjadikan muzium sebagai destinasi pilihan cuti sekolah,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

618
Kongsi :
Previous post UTEM JADI PILIHAN IPT INDIA JALIN KERJASAMA AI, KESELAMATAN SIBER
Next post TRANSFORMASI PASAR MALAM SUNGAI UDANGĀ