
SARJAN DIREMAN BANTU SIASATAN KES CABUL REMAJA 13 TAHUN
ALOR GAJAH 14 Mei – Seorang anggota tentera ditahan selepas dipercayai mencabul remaja perempuan yang juga jirannya, dalam kejadian awal bulan ini.
Lelaki berusia 30-an tahun itu didakwa bertindak demikian ketika membawa mangsa keluar bersiar-siar selepas menjemput remaja perempuan berusia 13 tahun itu dari asrama pada 4 Mei lalu.
Difahamkan, remaja perempuan itu berkenalan dengan lelaki terbabit pada awal Januari di taman permainan di kawasan perumahan mereka.
Bagaimanapun, perkara itu terbongkar selepas ibu remaja berkenaan memeriksa telefon bimbit milik anaknya yang membawa kepada penemuan kandungan perbualan menerusi aplikasi WhatsApp yang mencurigakan dengan anggota tentera terbabit.
Sementara itu, Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar mengesahkan pihaknya menahan sarjan tentera itu bagi membantu siasatan kes.
“Permohonan reman keatas suspek dibuat hari ini di Mahkamah Majistret Alor Gajah dan dibenarkan selama tujuh hari sehingga 20 Mei.
“Ia bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
1,047 PESERTA IMARAH MAJLIS MAHABBAH RAMADAN HAWA 2026
BANDA HILIR 1 Mac-Majlis Mahabbah Ramadan anjuran Majlis Hal Ehwal Wanita dan Keluarga UMNO Malaysia (HAWA) 2026 menghimpunkan seramai 1,047...
KEGEMBIRAAN 84 ANAK YATIM, ASNAF WARNAI Q’ASEH RAMADAN
AYER KEROH 1 Mac - Program Q’aseh Ramadan 2026 diharap dapat menjadi pemangkin kepada penyatuan umat Islam serta mengimarahkan masjid...
LELAKI TULAR BERPAUT PADA KERETA BEKAS ISTERI DITAHAN
JOHOR BAHRU 1 Mac - Polis telah menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian tular yang memaparkan dirinya berpaut...
PELUANG DAPAT ‘E-WALLET’ RM20 DI 4 BAZAR RAMADAN RAHMAH MELAKA
AYER KEROH 1 Mac - Pengunjung terawal dan bertuah berpeluang menerima baucar RM20 e-Wallet Touch ‘n Go (TNG) sempena penganjuran...
ADUAN BERTAHUN SELESAI DI BAWAH ‘TOK RAIS’
PAYA RUMPUT 1 Mac - Pelbagai aduan melibatkan lampu jalan, turapan jalan serta kemudahan awam di bawah kawasan Hujong Padang...
SCIENTEX BINA 3,700 RUMAH MAMPU MILIK DI PAYA RUMPUT
PAYA RUMPUT 1 Mac - Pembangunan projek perumahan berskala besar seluas 528 ekar (213.6 hektar) oleh Scientex Heights Sdn Bhd...
