Sorting by

×

SATU ABAD PANDU PUTERI MELAKA BUKTI KEUTUHAN LEGASI WANITA

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

BANDARAYA MELAKA 8 November – Gerakan Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) kekal relevan sebagai wadah membentuk wanita berwawasan dan berjiwa patriotik dalam era globalisasi.

Yang Dipertua PPPM, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, semangat, dedikasi dan komitmen ahli PPPM telah berakar di Melaka selama satu abad wajar dihargai.

“Satu abad. Seratus tahun. Ini bukan sekadar angka, tetapi bukti bahawa Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) Cawangan Melaka telah berdiri teguh meredah ujian zaman,” katanya.

Beliau yang juga isteri kepada Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap seterusnya menyempurnakan Majlis Centennial Hi-Tea Sempena Sambutan 100 Tahun Pandu Puteri Melaka di sebuah hotel, di sini, hari ini.

Majlis bersejarah itu turut diserikan dengan kehadiran isteri kepada Yang di-Pertua Negeri Melaka yang juga Penaung PPPM Cawangan Melaka Toh Puan Datuk Wira Asmah Abd Rahman.

Hadir sama, isteri Ketua Menteri, Datin Seri Utama Datuk Wira Zuriyah Ab Aziz; Ketua Pesuruhjaya PPPM, Datuk Yeoh Soo Keng dan Yang Dipertua PPPM Melaka, Datin Wira Ts. Nurazlina Md Sanusi.

Mengulas lanjut, Dr.Wan Azizah berkata sepanjang tempoh 100 tahun, PPPM Melaka kekal utuh sebagai wadah membentuk ribuan wanita muda berdisiplin dan berjiwa kepimpinan.

“Dari era kolonial hingga zaman globalisasi, PPPM Melaka tetap menabur bakti membina generasi wanita yang berdaya tahan dan berprinsip,” katanya

Majlis yang menghimpunkan lebih 300 ahli dan pemimpin dari seluruh negeri itu turut diserikan dengan persembahan kebudayaan, sesi penghargaan kepada ahli cemerlang dan cabutan bertuah yang menceriakan suasana.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

490
Kongsi :
Previous post ‘HI-TEA’ SERIKAN SAMBUTAN 100 TAHUN PANDU PUTERI MELAKA
Next post SEL BAHARU BERI ‘NYAWA’ UNTUK TAPAK PELUPUSAN SUNGAI UDANG