Sorting by

×

‘SATU MINGGU, SATU ARTIFAK’ INISIATIF PERZIM TARIK MINAT RAKYAT DALAMI SEJARAH MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

AYER KEROH 31 Januari – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memperkenalkan inisiatif ‘Satu Minggu, Satu Artifak’ bagi menyorot koleksi muzium negeri dan memupuk minat masyarakat terhadap sejarah Melaka.

Pengurus Besar PERZIM Erne Hamsah berkata, inisiatif itu meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap warisan sejarah negeri khususnya artifak-artifak penting seliaan PERZIM yang berperanan sebagai medium pendidikan tidak formal.

“Inisiatif ini juga bersempena Visit Malaysia 2026 (VM2026) dan Tahun Melawat Melaka 2.0 yang memberi peluang kepada masyarakat untuk memahami cerita, fungsi dan konteks artifak tertentu dalam sejarah Melaka secara lebih interaktif.

“Pemilihan artifak adalah daripada koleksi muzium PERZIM sambil memperkenalkan muzium itu sendiri kepada orang ramai. Apabila pelawat ingin mengetahui lebih lanjut tentang artifak, mereka digalakkan hadir sendiri ke muzium,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Whatsapp image 2026 01 30 at 13.23.31
INISIATIF satu minggu, satu artifak yang diperkenalkan PERZIM.

Menurut Erne, PERZIM turut menggunakan media sosial seperti Facebook dan Instagram bagi menyebarkan maklumat melalui infografik yang mudah diakses, terutamanya untuk menarik minat golongan muda.

“Pendekatan digital ini diharap dapat menjadikan sejarah lebih dekat dengan masyarakat dan meningkatkan penglibatan orang ramai dalam aktiviti muzium.

“PERZIM akan terus mendidik masyarakat melalui pelbagai kaedah kreatif dan program yang lebih menarik pada masa akan datang,

“Diharap usaha ini menjadi platform untuk mengekalkan kecintaan masyarakat terhadap warisan sejarah Melaka dan memupuk budaya menghargai artifak sebagai sebahagian daripada identiti negeri,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

365
Kongsi :
Previous post BUGGY AMBULANS, SKUTER ELEKTRIK ‘NADI’ BANTU PARAKOM KENDALI KES KECEMASAN
Next post JPJ MELAKA SIASAT ‘BAS PINK’ POTONG GARISAN BERKEMBAR