Sorting by

×

SATU NEGERI, SATU TABIKA KEMAS AUTISME TAHUN DEPAN

Masa Membaca:1 Minit, 41 Saat

PAYA RUMPUT 15 Julai – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menyasarkan satu tabika khas untuk kanak-kanak autisme di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) akan dibangunkan di setiap negeri bermula tahun depan.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang berkata, langkah itu diambil memandang tabika berkenaan kini menjadi antara keperluan mendesak memandangkan terdapat permintaan tinggi dalam kalangan masyarakat di luar bandar.

Menurut beliau, meskipun sudah terdapat banyak tabika autisme swasta dibuka di negara ini, namun, tidak semua ibu bapa khususnya mereka di kawasan luar bandar mampu menghantar anak-anak istimewa mereka disebabkan kekangan kewangan.

“Oleh sebab itu, KEMAS sebagai salah satu agensi di bawah KKDW bersetuju menjadi ejen perubahan dalam masyarakat dengan membuka Tabika KEMAS Autisme ini bagi membantu keluarga dengan anak-anak istimewa yang memerlukan.

“Memandangkan sebelum ini anak-anak autisme ini kurang diambil perhatian dan mereka hanya diletakkan ke rumah dan sebagainya, jadi kita mahu membuat perubahan bagi membantu mereka lebih berdikari, selain menggilap potensi diri mereka sejak kecil.

“Projek ‘pilot’ ini bermula di Melaka memandangkan ia merupakan cadangan yang dibawa oleh Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh pada Mesyuarat Penyelarasan Antara Menteri KKDW dengan Exco-Exco Luar Bandar (MEXCLUB) sebelum ini, jadi, bermula tahun depan, kita berharap setiap negeri bakal memiliki sekurang-kurangnya satu Tabika KEMAS Autisme untuk dikembangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja ke Lawatan Kerja Ke Tabika Tunas Istimewa @ KEMAS Hang Jebat, di sini, hari ini, yang turut dihadiri Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Rumput Datuk Rais Yasin.

Dalam pada itu, Rubiah turut memaklumkan, sekiranya projek pertama Tabika KEMAS Autisme di seluruh negeri itu berjaya, ia akan terus dikembangkan ke peringkat daerah di seluruh negeri selepas ini.

“Pada masa sama, kita juga akan terus melatih guru dan tenaga pengajar berpengalaman untuk kanak-kanak istimewa ini supaya dapat membantu dalam pembentukan dan kemenjadian anak-anak ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

461
Kongsi :
Previous post WRUR DUYONG UKIR SENYUMAN ANAK-ANAK RUMAH KASIH
Next post DUA PUNCA PENCEMARAN SUNGAI AIR BATU DIKENAL PASTI, PELAN TINDAKAN HOLISTIK DIAMBIL