
Selepas 10 tahun, Teater Muzikal Ali Baba diberi ‘nafas baharu’
AYER KEROH 25 Feb- Selepas 10 tahun dipentaskan di Istana Budaya, Teater Muzikal Ali Baba arahan Pengarah, Lokman Ghani bakal dipersembahkan kembali di Melaka dengan nafas baru khusus buat rakyat Melaka.
Menurut Lokman yang juga Presiden Pertubuhan Teater Negeri Melaka (PERTEM) berkata pementasan kali ini hampir keseluruhannya dipersembahkan oleh pelakon-pelakon baharu yang dipilih selepas sesi ujibakat dilaksana tahun lalu
Katanya, perkara itu merupakan cabaran besar buatnya, namun beliau percaya dengan bakat dan minat setiap pelakon yang terpilih.
“Bila kita pilih wajah baharu secara tidak langsung mereka dapat menimba ilmu dan mengasah bakat lakonan bersama pelakon-pelakon lama yang turut terlibat dalam pementasan berkenaan.
“Dalam pementasan ini juga kita libatkan tenaga baharu dan profesional, sama-sama berganding bahu,” katanya.
Teater Muzikal Ali Baba akan dipentaskan di Panggung Seri, Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian (JKKN) Melaka pada 18, 19 dan 20 Mac.
Antara pelakon utama yang ditampilkan ialah Datuk Jalaludin Hassan, Aziz M. Osman, Ashraf Muslim dan Najua P.Ramlee.
Jualan tiket akan mula dibuka pada 10 Mac menerusi laman sosial Facebook JKKN Melaka.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM SALUR RM450,000 BANTU USAHAWAN ASNAF BERSINAR
SERKAM 3 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terus komited dalam membantu usahawan asnaf menerusi Dana Bantuan Perniagaan berjumlah...
MPHTJ BAWA KELAINAN RAMADAN, EDAR 2,000 BUBUR KACANG, PULUT HITAM
AYER KEROH 3 Mac - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) mengagihkan sebanyak 2,000 bekas bubur kacang dan bubur pulut...
BAZAR DI MELAKA TIDAK HAMBAR
PAYA RUMPUT 3 Mac - Dakwaan mengaitkan jualan peniaga Bazar Ramadan dan Aidilfitri di negeri ini terjejas susulan sambutan hambar...
KES CURI KABEL DI MELAKA MENURUN
AYER KEROH 3 Mac - Kes kecurian kabel di Melaka mencatat penurunan lebih 36 peratus tahun lalu apabila hanya 67...
‘PAY NOW CRUISE LATER’ TAWAR PENJIMATAN SEHINGGA 30 PERATUS
BANDARAYA MELAKA 3 Mac - Diskaun sehingga 30 peratus ditawarkan Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) bagi pembelian tiket...
MELAKA JAMIN BEKALAN AIR CUKUP, PARAS 3 EMPANGAN UTAMA MENINGKAT
AYER LIMAU 3 Mac - Paras air di tiga empangan utama Melaka kini di paras stabil, sekali gus menjamin bekalan...
