
SEMBILAN MAUT DALAM KEMALANGAN BABIT KENDERAAN FRU DI TELUK INTAN – POLIS
IPOH, 13 Mei – Sembilan dilaporkan meninggal dunia manakala dua cedera parah dalam kemalangan membabitkan lori Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan lori muatan batu di Jalan Chikus-Sungai Lampam, di Teluk Intan hari ini.
Ketua Polis Hilir Perak ACP Dr. Bakri Zainal Abidin ketika dihubungi mengesahkan laporan berkenaan.
“Buat masa ini laporan diterima sembilan meninggal dunia, dua cedera parah dan tujuh cedera, kenyataan media sedang disediakan,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sayani Saidon berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.54 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan bergegas ke lokasi kejadian sejauh lapan kilometer.
“Kemalangan melibatkan sebuah lori polis FRU telah berlanggar dengan sebuah lori membawa muatan batu. Terdapat dua mangsa yang tersepit di lori FRU.
“Kerja-kerja penyelamatan sedang dilaksanakan. Maklumat terkini kita akan salurkan dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KONGSI BERSAMA RAKYAT SELAGI ADA REZEKI – TOK RAOP
TANJUNG BIDARA 9 Februari - Jumlah bantuan kepada rakyat Negeri Melaka bagi tahun ini dinaikkan kepada RM168.8 juta berbanding RM164...
BIARLAH SUMBANGAN INI MEMBAWA SENYUMAN – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 9 Februari - Selepas hampir dua dekad Kerajaan Negeri masih meneruskan inisiatif sumbangan perayaan, sekali gus membuktikan nilai...
SLOGAN MESRA BUKAN SEKADAR ATAS KAIN RENTANG
TANJUNG BIDARA 9 Februari - Menjaga kebajikan rakyat bukan hanya slogan semata-mata, tetapi bagi Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab...
MBMB PANTAU ISU PARKIR BAZAR AIDILFITRI
AYER KEROH 9 Februari - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) akan mempertingkat pemantauan pengurusan parkir kenderaan di kawasan Bazar Aidilfitri...
MELAKA ANGKAT ‘IDEA BERANI’ ANAK MUDA – KM
BANDA HILIR 9 Februari - Kerajaan Negeri berhasrat menjadikan idea anak muda sebagai penanda aras kepada lebih banyak program riadah...
FESTIVAL MAKANAN, SUKAN PERMOTORAN BERSKALA MEGA DI MELAKA OKTOBER DEPAN
BANDA HILIR 9 Februari - Kerajaan Negeri menjemput penganjur Food & Drift Festival untuk menganjurkan program berkonsep makanan dan sukan...
