Sorting by

×

‘SEMBUH JIWA’ DI VILLA TETC

Masa Membaca:1 Minit, 30 Saat

RIM 2 Mac – Menawarkan penginapan indah dengan panorama keindahan tasik dan alam semulajadi menghijau menjadikan Villa Taman Ekstrem Tasik Chinchin (TETC) sebagai pilihan terbaik untuk anda yang mahukan ketenangan.

Villa yang berwajah baharu sejak diuruskan Perbadanan Ketua Menteri (CMI) itu menjadi satu lagi lokasi pelancongan ideal yang bukan sahaja membawa anda lari seketika dari kesibukan kota, bahkan dapat membantu menyembuhkan jiwa yang lara.

Sebanyak 18 unit villa disediakan di TETC membabitkan tiga jenis kediaman dengan tawaran harga serendah RM300 hingga RM450 semalam.

Villa jenis pertama berharga RM300 dilengkapi dua bilik tidur dan satu bilik air, manakala Villa kategori kedua berharga RM400 dilengkapi empat bilik tidur dan dua bilik air. Kedua-dua kategori Villa mempunyai ruang tamu berpendingin hawa, pantri serta kemudahan ‘mini bar’ dan ‘table top’.

Mahukan yang lebih istimewa? Apa kata menginap di Villa VIP yang lebih luas dan menarik, selain menawarkan ruang tamu, empat bilik tidur, dua bilik air dan pelbagai lagi fasiliti menarik untuk anda dan keluarga.

Buat masa ini, Villa VIP TETC masih menawarkan harga promosi iaitu serendah RM450 sahaja.

Selain menginap, pelbagai aktiviti bersama keluarga boleh dilakukan di sini, antaranya, memancing dan riadah selain terdapat juga taman tema air mini dan mini zoo untuk anak-anak.

Cmi 2
PEMANDANGAN udara di Villa TETC.

Kawasan ini juga turut terletak berhampiran sebuah kafe popular di Tasik Chinchin dan pada masa sama, pengunjung juga boleh menelusuri keindahan tasik berkenaan dengan perkhidmatan ‘cruise’.

Jelaslah, dengan konsep pelancongan berasaskan alam dan komuniti, Villa TETC menjadi satu lagi tarikan pelancongan menarik berkonsep alam semulajadi yang berpotensi menggamit kehadiran pelancong dalam dan luar negara.

Jadi, untuk anda mahu mencari kedamaian dan ketenangan di Villa TETC, bolehlah menghubungi Bahagian Pemasaran CMI di talian 016-4576641.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

443
Kongsi :
Previous post MELAKA LAKSANA 91 ‘JUALAN MURAH BERGERAK’ SEPANJANG RAMADAN
Next post POLIS SERBU RUMAH DI BANDA HILIR, JUMPA DADAH BERNILAI RM226,500