
Semua acara sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong ditangguhkan
KUALA LUMPUR 28 Mei – Semua acara sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bulan depan ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, penangguhan itu yang dibuat atas titah perkenan Seri Paduka Baginda disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di seluruh negara mulai 12 Mei hingga 7 Jun ini.
Beliau berkata Al-Sultan Abdullah memberi perkenan penangguhan itu setelah mengambil kira faktor keselamatan dan kesihatan umum serta untuk melindungi nyawa rakyat demi mengelakkan krisis kesihatan yang lebih buruk.
“Perkenan ini juga sebagai langkah perlindungan kerana negara masih lagi menghadapi dan memerangi penularan wabak COVID-19.
“Ini kali kedua semua acara sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda ditangguhkan selepas pada tahun lalu, semua acara juga ditangguhkan berikutan penularan wabak COVID-19,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ahmad Fadil berkata walaupun tiada acara sambutan, 7 Jun depan tetap diisytiharkan sebagai hari kelepasan am atau cuti umum sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
HARI TANPA KENDERAAN ALOR GAJAH TERUS DAPAT SAMBUTAN
ALOR GAJAH 12 Jun – Program Hari Tanpa Kenderaan Alor Gajah yang berlangsung di Dataran Keris Alor Gajah terus mendapat...
WRUR KESIDANG: RAKYAT HARGAI INISIATIF PROGRAM SARINGAN KESIHATAN
KESIDANG 12 Jun - Inisiatif saringan kesihatan percuma ditawarkan bersempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN)...
WRUR KESIDANG: MPHTJ BAIK PULIH RUMAH PESAKIT DIALISIS
KESIDANG 11 Jun - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) komited meneruskan hasratnya membantu golongan memerlukan menerusi pelaksanaan program kerja-kerja...
HARI KESIHATAN DUN KESIDANG MERIAH
KESIDANG 11 Jun - Pelbagai inisiatif dilaksanakan Kerajaan Negeri bagi meningkatkan lagi tahap kesedaran orang ramai berhubung kepentingan penjagaan kesihatan,...
KPDN MELAKA TUMPASKAN ‘PORT’ SIMPAN, JUAL DIESEL HARAM
PAYA RUMPUT 11 Jun – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka berjaya membongkar kegiatan penyelewengan minyak...
JAMU MATA, JAMU SELERA DI KEDAI ROTI CANAI MEZAN
KESIDANG 11 Jun - Bukan sekadar menjamah roti canai sambil menghirup teh tarik panas, malah pelanggan tempatan dan antarabangsa juga...
