
SEMUA KAUNTER SAMB BUKA WAKTU REHAT BERMULA ESOK
AYER KEROH 30 September – Semua kaunter Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) seluruh Melaka akan dibuka pada waktu tengah hari bermula esok, selaras saranan daripada Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.
Ketua Pegawai Kewangan SAMB, Hanim Ghauth berkata, inisiatif itu bakal memudahkan lagi urusan rakyat Melaka kerana sebelum ini hanya kaunter perkhidmatan di Wisma Air SAMB, Jalan Hang Tuah sahaja yang beroperasi pada waktu tengah hari.
Jelas beliau, inisiatif itu akan diperluas ke kaunter perkhidmatan SAMB yang lain di daerah Jasin, daerah Alor Gajah, Masjid Tanah dan Merlimau.
“Sebelum ini kita tidak dapat teruskan operasi pada waktu rehat tengah hari di kaunter selain Wisma Air SAMB berikutan kekangan sumber manusia.
“Bagaimanapun kita cuba lakukan yang terbaik dan bermula esok semua kaunter SAMB akan dibuka seperti biasa,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Hanim berkata, pihaknya akan melaksanakan sistem penggiliran pada waktu rehat bagi memastikan pelanggan tidak menunggu lama bagi menyelesaikan urusan selain memberikan keselesaan kepada kakitangan bertugas.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MELAKA SASAR PENYERTAAN OKU DALAM PIDATO RUKUN NEGARA 2026
BANDARAYA MELAKA 27 Januari – Melaka menyasarkan penyertaan lebih inklusif termasuk golongan orang kurang upaya (OKU) dalam Pertandingan Pidato Rukun...
KOMITMEN MELAKA ANJUR PIDATO RUKUN NEGARA TERIMA PENGIKTIRAFAN
BANDARAYA MELAKA 27 Januari – Kementerian Perpaduan Negara menyalurkan peruntukan sebanyak RM60,000 kepada Kerajaan Negeri sebagai galakan dan pengiktirafan atas...
PENGLIBATAN SEMUA KAUM TARIKAN FESTIVAL KUIH TRADISIONAL AIDILFITRI TAHUN KE-5
SUNGAI RAMBAI 27 Januari - Penganjuran Festival Kuih Tradisional Aidilfitri, Pelita Raya dan Bubur Lambuk Peringkat Negeri Melaka yang memasuki...
GANJARAN UMRAH JADI MOTIVASI YANA BURU EMAS KEJOHANAN DUNIA
TELOK MAS 27 Januari - Ganjaran tajaan umrah bersama ibu bapa yang dijanjikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Utama Dr....
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN OKU, BUKTI KOMITMEN POLYCC
MERLIMAU 27 Januari - Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) komited memperkasa pelajar orang kurang upaya (OKU) melalui pelaksanaan Pelan Pembangunan...
SUKAN DUA JIWA SATU HATI MELAKA 2026 LEBIH MERIAH
PAYA RUMPUT 27 Januari - Kejohanan Sukan Dua Jiwa Satu Hati yang julung kali diperkenalkan tahun lalu bakal diteruskan tahun...

