
SEORANG MAUT, SEORANG CEDERA PARAH KEMALANGAN BABIT TIGA KENDERAAN
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Yusof Othman berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian membabitkan kereta Honda Stream, lori Hino dan Toyota Hilux berkenaan pada 11.55 malam tadi.
Beliau berkata hasil siasatan mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Honda Stream dari arah Mersing ke Kota Tinggi hilang kawalan dan bergesel pada bahagian kanan lori, dan kemudiannya terlanggar Toyota Hilux dari arah bertentangan.
“Akibat kemalangan itu, pemandu kereta yang berusia 34 tahun itu mengalami kecederaan parah pada beberapa bahagian badan dan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala penumpang kereta itu pula cedera ringan.
“Pemandu Toyota Hilux yang mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala sedang menerima rawatan di Hospital Kota Tinggi manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Yusof berkata kes masih dalam siasatan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LANTIKAN IMAM LUAR NEGARA PERLU IKUT PROSEDUR – EXCO
AYER KEROH 26 Februari - Tiada garis panduan khusus ditetapkan berhubung penggunaan khidmat imam sama ada dari dalam atau luar...
YURAN TADIKA PERCUMA UNTUK HAMPIR 600 ANAK TELOK MAS
TELOK MAS 26 Februari - Agenda pemerkasaan pendidikan terus menjadi keutamaan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Telok Mas, Datuk Wira...
PROJEK BAHARU PADANG RIMAU BANGUNKAN 130 HEKTAR TANAH TERBIAR
GADEK 26 Februari - Kira-kira 130 hektar tanah terbiar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek bakal diusahakan dengan tanaman kelapa...
‘PERHATI DAN PILIH’ DIDIK MASYARAKAT JADI PENGGUNA BIJAK
LENDU 27 Februari - Kempen 'Perhati dan Pilih' menjadi platform strategik dalam mendidik orang ramai terutamanya pengguna berhubung aspek kebersihan...
ASPEK KEBERSIHAN MAKANAN JADI KEUTAMAAN MPHTJ
AYER KEROH 26 Februari - Pemantauan kebersihan secara harian dilaksanakan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) di semua bazar Ramadan...
MAIM BANTU ANAK ASNAF BERSINAR DALAM TVET
AYER KEROH 25 Februari - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) membuka ruang dan peluang kepada anak-anak asnaf menceburi bidang Pendidikan...
