Sorting by

×

SERANGAN JANTUNG PUNCA KEMATIAN NURULEFFANDY – POLIS

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

AYER KEROH 19 Jun – Polis mengesahkan kematian seorang bapa yang ditemui tidak sedarkan diri bersama bayi lelaki berusia tiga bulan di Kampung Perigi Hang Tuah akibat serangan jantung.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, proses bedah siasat keatas Allahyarham Nuruleffandy Ibrahim, 35, dibuat pada jam 3 petang tadi Jabatan Forensik Hospital Melaka.

“Hasil bedah siasat diperoleh mendapati terdapat sumbatan dan injap jantung yang tertutup namun tiada sebarang kecederaan lain pada tubuh lelaki terbabit.

“Hasil bedah siasat diklafikasikan sebagai ‘Ischemic Heart Disease’ atau serangan jantung,” katanya.

Dalam pada itu, Christopher berkata, bedah siasat dijalankan keatas bayinya, Nur Muhammad Danial, 3 bulan, pula mendapati terdapat kecederaan pada paru-paru bayi itu.

“Ia berkemungkinan akibat tertindih oleh tangan bapanya serta menyukarkan bayi itu untuk bernafas.

“Hasil bedah siasat diklafikasikan sebagai ‘Pending Laboratory Investigation’, selain beberapa sampel telah diambil untuk dihantar ke Jabatan Kimia Melaka,” katanya.

Melaka Hari Ini sebelum ini melaporkan, perasaan gelisah dan tidak sedap hati seorang wanita sepanjang di tempat kerja terjawab apabila dia menemukan suami dan bayi lelakinya berusia tiga bulan dalam keadaan tidak sedarkan diri di bilik tidur rumah mereka di Kampung Perigi Hang Tuah, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, Nuruleffandy Ibrahim, 35, dan bayinya Nur Muhammad Danial Nurulaffandy, ditemukan tidak sedarkan diri sebelum dua beranak itu disahkan sudah meninggal dunia.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1661
Kongsi :
Previous post MAIM ANJUR ‘UMMICARE’ BANTU IBU SELEPAS BERSALIN