
Seri Bendahara bergema alunan selawat
AYER KEROH 26 Sept. – Seramai kira-kira 200 muslimin dan muslimat hadir dalam program Melaka Berselawat yang diadakan di kediaman rasmi Ketua Menteri, Seri Bendahara, di sini, sebentar tadi.
Program anjuran Pejabat Ketua Menteri itu bakal menjadi acara bulanan bermula September 2020 dalam usaha menghidupkan dewan Seri Bendahara dengan aktiviti keagamaan.
Majlis itu dimulakan dengan kehadiran Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali yang kemudiannya menunaikan solat Maghrib berjemaah bersama semua tetamu yang hadir.
Kemudian, acara disambung dengan pembacaan maulid, tausiah dan seterusnya solat Isyak berjemaah.
Majlis yang menitikberatkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) itu diakhiri dengan jamuan berkah kepada muslimin dan muslimat yang hadir.
Views:
Related
Berita Lain
WRUR ASAHAN: MELAKA LULUS PERUNTUKAN BAIK PULIH 18 RUMAH ORANG ASLI
ASAHAN 6 April - Peruntukan sejumlah RM59,000 diluluskan Kerajaan Negeri bagi kerja baik pulih 18 buah kediaman Orang Asli di...
MATTA FAIR MELAKA 2026 TAWAR LEBIH 150 PAKEJ PELANCONGAN MENARIK
BUKIT KATIL 6 April - MATTA Fair Melaka 2026 yang akan berlangsung 17 hingga 19 April ini di pusat beli-belah...
KRT KRUBONG HEIGHTS FASA 1 ‘HIDUPKAN’ TRADISI MARHABAN RUMAH KE RUMAH
PAYA RUMPUT 6 April - Program Marhaban Syawal anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Krubong Heights Fasa 1 berjaya mengeratkan...
ZOO MELAKA BILA LARUT MALAM MEMANG BERBALOI
AYER KEROH 6 April - Night Safari Zoo Melaka bersempena inisiatif Melaka Bila Larut Malam disifatkan sebagai tawaran yang sangat...
WRUR ASAHAN BELA KEBAJIKAN 113 KELUARGA MEMERLUKAN
ASAHAN 6 April - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan bakal menyantuni seramai 113 keluarga...
PBT MELAKA PERHEBAT AGENDA PELANCONGAN 2026
BANDA HILIR 6 April - Kesemua empat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini memberi tumpuan kepada aspek naik taraf...


