Sorting by

×

SESI PENERANGAN BERTUMPU LANCARKAN PROSES MENDIGITALKAN DUN DUYONG

Masa Membaca:1 Minit, 36 Saat

DUYONG 14 Julai – Pendekatan secara bertumpu atau ‘mikro’ digunakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem, dalam memastikan pelaksanaan inisiatif Kampung Digital di Dewan Undangan Negeri (DUN) itu berjalan lancar dan mencapai objektif.

Katanya, sesi penerangan melibatkan kumpulan kecil dilihat lebih berkesan dalam meningkatkan lagi tahap pemahaman orang ramai berhubung objektif dan manfaat hasil daripada pelaksanaan inisiatif itu kepada rakyat.

“Wakil Japerun Duyong, masuk ke kawasan kampung untuk berjumpa penduduk. Bagi meningkatkan lagi keberkesanan sesi penerangan kita turut bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang menyediakan perkhidmatan menukar alamat bergerak menerusi inisiatif Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR), jadi penduduk tidak ada alasan lagi untuk melengahkan urusan itu.

“Insya-Allah jika semua berjalan lancar urusan menampal pelekat Kampung Digital di DUN Duyong akan selesai dalam tempoh seminggu. Kita ada 21 kampung dengan taburan rumah lebih 3,634 buah. Jumlah rumah berbeza-beza mengikut kampung, jadi sepatutnya tidak timbul masalah,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Taklimat Penyerahan Pelekat Inisiatif Kampung Digital bagi DUN Duyong bersempena Program WRUR DUN Duyong di Kampung Simpang Semabok, di sini, hari ini.

Taklimat berkenaan disampaikan oleh Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan dan turut dihadiri Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Melaka, Nasrul Ahmad.

Mohd Noor Helmy yang juga Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri berkata, kebimbangan berhubung keselamatan data adalah antara perkara kerap disuarakan orang ramai pada sesi perjumpaan diadakan.

“Berhubung keselamatan data kini menjadi bualan ramai, kita turut beri penerangan dan penjelasan tentang apa yang sebenarnya berlaku, selain itu kita kongsikan tips atau langkah perlu diamalkan bagi memastikan butiran peribadi mereka terjamin.

“Memang kita tidak nafikan ada perkongsian maklumat secara manual, itu berlaku kerana kekangan untuk mengisi data secara dalam talian (online) tapi bila guna sistem ‘online’, semua maklumat adalah sulit dan diuruskan oleh urus setia,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

491
Kongsi :
Previous post 26,711 PREMIS SUDAH TERIMA PELEKAT KAMPUNG DIGITAL
Next post LARIAN SANTAI ZOO MELAKA TAWAR PENGALAMAN UNIK KEPADA PESERTA