Sorting by

×

SETEM BERUSIA SATU ABAD JADI TARIKAN DI MUZIUM SEJARAH DAN ETNOGRAFI

Masa Membaca:51 Saat

BANDA HILIR 18 Mac – Lebih 500 setem pelbagai jenis termasuk koleksi berusia lebih satu abad dipamerkan pada Pameran Setem & Kenangan: Citra Sejarah, Seni dan Wajah Malaysia yang diadakan di Muzium Sejarah dan Etnografi.

Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) Erne Hamsah berkata, pameran itu turut menelusuri sejarah perkembangan setem negara sejak tahun 1900 hingga kini, seiring perjalanan Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat.

“Setem bukan sekadar alat pembayaran pos, sebaliknya merupakan dokumen visual yang merakamkan perjalanan sejarah sesebuah negara.

“Melalui setem, kita dapat melihat wajah tokoh-tokoh penting, peristiwa bersejarah, keindahan alam semula jadi serta kekayaan warisan budaya yang membentuk identiti Malaysia,” katanya kepada Melaka Hari Ini selepas perasmian pameran itu, di sini, semalam.

Menurut beliau, pameran yang berlangsung dari 3 Mac hingga 31 Mac 2026 itu turut menampilkan sampul surat kenang-kenangan atau ‘First ‘Day Cover, koleksi berkaitan perkhidmatan pos serta perkembangan dunia filateli.

“Pameran ini menyediakan elemen pendidikan, interaktif dan pengalaman ‘hands-on’ yang sesuai untuk pelbagai peringkat usia,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

445
Kongsi :
Previous post AIDILFITRI: MELAKA KENAL PASTI 10 LOKASI PANAS KEMALANGAN
Next post RUMAH TERBUKA AIDILFITRI MERLIMAU PADA 4 APRIL