Sorting by

×

SIDANG DUN MELAKA BERMULA ISNIN DEPAN

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

AYER KEROH 17 Julai – Persidangan Kedua Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Kelima Belas akan bersidang selama tiga hari dari 21 hingga 23 Julai.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Wira Ibrahim Durum berkata, hari pertama persidangan akan bermula dengan pertanyaan soalan-soalan lisan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan.

“Persidangan seperti biasa, iaitu pada hari pertama terus dimulakan dengan soalan lisan daripada Adun terlibat yang diberikan peluang.

“Secara keseluruhan kita menerima 98 soalan lisan dan bertulis, sementara itu untuk usul pula setakat ini saya belum menerima apa-apa baik daripada kerajaan mahupun pembangkang,” katanya kepada Melaka Hari Ini

Ibrahim, berharap sepanjang persidangan bermula Isnin hingga Rabu depan semua wakil rakyat dapat menjaga tatasusila dan mengikut peraturan dewan.

“Saya ingin nasihatkan supaya wakil-wakil rakyat untuk bercakap berdasarkan fakta dan jangan emosi, kerana di dalam dewan kita ‘live’ jadi semua mata serta telinga mendengar bukan sahaja mereka yang berada di dalam tetapi seluruh Melaka termasuk Malaysia.

“Perangai kita, percakapan kita semua dirakam dan diperdengarkan secara live kepada semua, malah masyarakat sekarang sudah pandai menilai. Justeru saya tidak mahu ada tanggapan buruk terhadap mana-mana wakil rakyat sama ada pihak kerajaan mahupun pembangkang,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

563
Kongsi :
Previous post KARNIVAL HAVOC STEM PLATFORM KENAL PASTI POTENSI MURID ISTIMEWA
Next post HAJAT MILIKI RUMAH IDAMAN JADI NYATA