Sorting by

×

SIMULATOR LRT TARIK MINAT PELAJAR TEROKA DUNIA INDUSTRI REL

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

AYER KEROH 13 Jun – Simulator Transit Aliran Ringan (LRT) menjadi antara tarikan utama pengunjung pada sambutan Hari Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negara 2025.

Dikendalikan Malaysian Rail Development Corporation (MRDC), simulator itu memberi peluang kepada pelajar universiti dan graduan TVET ingin mengetahui lebih mendalam berhubung operasi sebalik tabir industri pengangkutan rel negara.

Jurucakap MRDC, Ariff Aiman Mukdath berkata, sebagai ‘industry lead body’ bagi sektor rel di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT), pihaknya turut menawarkan laluan kerjaya melalui program TVET.

“Kami memperkenalkan program ‘Railway System Technology Application’ yang terbuka kepada lepasan diploma dan TVET.

“Peserta akan memperoleh sijil pengiktirafan industri yang memudahkan permohonan kerja dalam sektor rel seperti LRT, Tren Aliran Transit Massa (MRT) dan sistem lain yang sedang pesat membangun,” katanya ketika ditemui pada hari kedua Sambutan Hari TVET Negara 2025 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, semalam.

Katanya, MRDC turut membuka peluang kepada mereka yang berminat menyertai program protege di bawah MRDC.

“Sektor rel bukanlah pilihan kerjaya yang biasa, ia sangat luas dan merangkumi bidang pengurusan serta korporat. TVET adalah antara laluan terbaik untuk masuk ke dalam industri ini dan membina kerjaya jangka panjang,” katanya.

Sambutan Hari TVET Negara 2025 yang berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) bermula Rabu dan berakhir hari ini menghimpunkan pelbagai agensi dan institusi berkaitan kemahiran seluruh negara.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

511
Kongsi :
Previous post MBMB LAKUKAN KAJIAN DI BEBERAPA LOKASI ATASI KESESAKAN
Next post BSAT MAIM SANTUNI GOLONGAN MEMERLUKAN, AGIH PAKAIAN TERPAKAI