Sorting by

×

SITI NURHALIZA JADI INSPIRASI FAN BINGBING, MAHU NYANYI LAGU MELAYU

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

KOTA LAKSAMANA 28 September – Kehebatan dan kelunakan suara Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dikagumi serta memberi inspirasi kepada Duta Setiakawan Pelancongan Melaka, Datuk Fan Bingbing.

Fan Bingbing menyimpan hasrat mahu belajar menyanyi lagu Melayu daripada penyanyi nombor satu negara itu.

Jelasnya, pengalaman menyaksikan persembahan Siti Nurhaliza pada majlis pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) dianggap sesuatu yang amat luar biasa.

“Aura pentas beliau sangat kuat dan saya kagum bagaimana Siti Nurhaliza mampu membuat persembahan penutup dengan penuh gemilang, sudah tentu saya menantikan persembahannya.

“Saya berasa sangat bertuah dapat bertemu dan bergambar dengan beliau, jika berpeluang, saya mahu belajar menyanyi lagu Melayu bersama beliau, sekali gus menjadi satu bentuk kolobrasi budaya,” katanya kepada pemberita pada sidang media di sebuah hotel sini hari ini.

Mengulas lanjut, pelakon antarabangsa turut menzahirkan rasa terujanya apabila beliau berkesempatan memberikan produk jenamanya kepada Siti Nurhaliza sebagai tanda penghargaan.

Dalam pada itu, Fan Bingbing turut menyifatkan Melaka mempunyai potensi besar sebagai lokasi penggambaran filem dan persembahan seni kerana kepelbagaian budaya dan warisan unik yang dimiliki.

Malah beliau juga menyatakan kesempatan bertemu dengan beberapa pengarah muda Malaysia termasuk Zhang Jiajian sepanjang mempromosikan Melaka sebagai destinasi pelancongan.

“Melaka bukan sahaja bersejarah, tetapi juga sangat sesuai untuk menghasilkan karya seni dan kreatif yang boleh diperkenalkan kepada dunia.

“Saya harap dapat terus menjadi jambatan yang menghubungkan Melaka dengan masyarakat antarabangsa,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

676
Kongsi :
Previous post FAN BINGBING ANGGAP HUBUNGAN DENGAN MELAKA SEBAGAI ‘TAKDIR INDAH’
Next post UNTA SERTAI PERARAKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SUNGAI UDANG