Sorting by

×

SITI NURHALIZA, SEARCH WARNAI AMBANG TAHUN BAHARU 2026 MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 24 Saat

KLEBANG 31 Disember – Biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza bakal menyerikan bumi bersejarah menerusi persembahan istimewa pada Sambutan Tahun Baharu 2026, Peluncuran Tahun Melawat Melaka 2.0 dan Sambutan Jubli Intan Rejimen Gerak Khas 2025 di Encore Melaka, malam ini.

Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Negeri Melaka, Nasrul Ahmad berkata, selain penyanyi nombor satu negara itu, turut membuat persembahan beberapa artis terkenal lain seperti Search, Azlan & The Typewriter serta pemuzik dan penyanyi irama tradisional Fauziah Gambus.

“Sambutan akan diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam dan turut hadir Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

“Pastinya sambutan dijangka akan berlangsung meriah apabila akan ada juga pertunjukan demonstrasi daripada pasukan komando elit sebelum disusuli dengan pertunjukan bunga api,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

6167766822141676915
SEARCH bakal menghiburkan pengunjung di Encore Melaka. Foto Iqmal Haqim Rosman

Nasrul berkata, sambutan akan bermula seawal jam 5 petang dengan beberapa pengisian termasuk persembahan demonstrasi kepakaran oleh Gerup Gerak Khas (GGK).

“Menariknya juga pada sebelah malam seramai 1,000 penari zapin turut akan membuat persembahan bagi memeriahkan sambutan,” katanya.

Jelasnya, bagi memastikan kelancaran trafik tiga kawasan parkir disediakan untuk orang ramai iaitu di Dataran 1 Malaysia Klebang, The Sail Melaka dan Pejabat Laut Melaka selain bas pengantara (shuttle bus) turut disediakan.

“‘Shuttle bus’ ini akan sentiasa bergerak untuk mengambil serta menurunkan penumpang jadi pengunjung dan ini akan memudahkan orang ramai untuk hadir memeriahkan sambutan.

“Selain itu, enam buah trak tentera atau ‘Feri Sekolah’ turut disediakan bagi mereka yang ingin merasai kenangan zaman kanak-kanak khususnya anak-anak tentera,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

416
Kongsi :
Previous post FERRIS WHEEL TEPI SUNGAI MELAKA TARIKAN IKONIK BAHARU TAHUN MELAWAT MELAKA 2.0
Next post 21 LOKASI LUAR BANDAR MELAKA NIKMATI RANGKAIAN TELEKOMUNIKASI LEBIH BAIK 2026