Sorting by

×

SKM SASAR LEBIH BANYAK KOPERASI BAHARU DARI SEKTOR PELANCONGAN DAN BELIA

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

AYER KEROH 1 April – Koperasi melibatkan berkaitan pelancongan dan dikendalikan oleh golongan belia amat disarankan supaya mendaftarkan perniagaan masing-masing dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Melaka.

Pengarah SKM Melaka Mustafa Kamal Mohd Nor berkata, perkara itu antara fokus pihaknya dalam memperkasakan lagi perniagaan berasaskan koperasi di negeri ini sepanjang 2026.

Katanya, secara purata antara 15 hingga 20 koperasi baharu didaftarkan setiap tahun di negeri ini.

“Sasaran peningkatan jumlah koperasi baharu berdaftar itu bertujuan bagi merancakkan lagi ekonomi negeri selain memperkukuhkan komuniti dalam sektor terbabit.

“Melaka terkenal sebagai destinasi pelancongan mempunyai potensi besar untuk diterokai dan menerusi koperasi baharu itu bukan sahaja mampu memperkukuh rantaian ekonomi tempatan, malah membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada komuniti setempat.

“Kita melihat sektor pelancongan sebagai antara pemacu utama ekonomi negeri. Justeru, kita menggalakkan lebih banyak koperasi ditubuhkan bagi memanfaatkan peluang sedia ada,” katanya kepada Melaka Hari Ini baru-baru ini.

Dalam masa sama, Mustafa Kamal berkata, SKM negeri turut memberi penekanan kepada penglibatan golongan belia dalam gerakan koperasi sebagai platform keusahawanan yang mampan.

Katanya, pelbagai inisiatif disediakan termasuk latihan, bimbingan serta akses kepada pembiayaan bagi membantu golongan muda memulakan dan mengembangkan koperasi masing-masing.

“Usaha berterusan akan dilakukan melalui program kesedaran, jelajah penerangan serta kerjasama dengan institusi pendidikan bagi menarik minat lebih ramai pihak menyertai sektor koperasi di Melaka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

355
Kongsi :
Previous post SPM 2025: KECACATAN FIZIKAL TIDAK HALANG ANAK ORANG ASLI RAIH KEPUTUSAN CEMERLANG
Next post JPNIN MELAKA TERIMA PERUNTUKAN KHUSUS RM1.2 JUTA DARIPADA KERAJAAN NEGERI