Sorting by

×

SKM SEMARAK IHYA RAMADAN KOPERASI MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 23 Saat

AYER KEROH 17 Mac – Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Negeri Melaka menganjurkan Program Ihya Ramadan Bersama Gerakan Koperasi Negeri Melaka 2026 dengan pelbagai pengisian program yang memberi manfaat kepada masyarakat sepanjang bulan Ramadan.

Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri Allex Seah Shoo Chin berkata, program yang selaras dengan Prinsip Koperasi ke-7 iaitu Mengambil Berat Terhadap Masyarakat itu turut menghimpunkan pelbagai aktiviti melibatkan agensi kerajaan, gerakan koperasi serta komuniti setempat.

Katanya, antara pengisian program adalah penganjuran Program Jualan Madani Koperasi (JMK) di Menara Persekutuan yang menawarkan barangan keperluan harian sehingga 20 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran.

“Inisiatif ini memberi peluang kepada pengunjung serta warga kerja di Menara Persekutuan mendapatkan barangan keperluan sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri,” katanya kepada pemberita selepas Program Ihya Ramadan Bersama Gerakan Koperasi Negeri Melaka Tahun 2026 di sebuah hotel, di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarah SKM Negeri Melaka Mustafa Kamal Mohd Nor; Pengerusi Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) Negeri Melaka Zaidan Abd Hadi serta jemputan lain.

Mengulas lanjut, Allex berkata, turut diadakan agihan 250 pek bubur lambuk dan nasi himpit segera diagihkan kepada peniaga dan pengunjung Bazar Ramadan Masjid Al Alami.

“Pada majlis sama, SKM Melaka turut menyumbangkan zakat wakalah berjumlah RM20,000 kepada 10 masjid di negeri ini.

“Dalam masa yang sama, Co-opbank Pertama Malaysia Berhad turut menyampaikan zakat wakalah sebanyak RM3,000 kepada Masjid Nurul Hidayah, Batu Berendam.

“Selain itu, 30 anak yatim daripada Rumah Kasih Tun Abdul Aziz turut menerima goodies bag dan duit raya hasil sumbangan ANGKASA Negeri Melaka serta Koperasi Pengusaha Pekerja Malaysia Berhad sebagai tanda keprihatinan sempena Ramadan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

522
Kongsi :
Previous post PARKIR PERCUMA TAMBAH KEMERIAHAN ‘MOOD’ RAYA DI MELAKA
Next post BANDA HILIR DIJANGKA JADI TUMPUAN AIDILFITRI INI