
SPRM tempatkan anggota, pantau PRN Melaka
MELAKA, 28 Okt – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menempatkan pegawai dan anggotanya di lapangan bagi memantau proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Pengarah SPRM Melaka Mohd Shahril Che Saad berkata satu pasukan telah dibentuk bagi tujuan itu yang akan menumpukan pemantauan terhadap proses penamaan calon, kempen dan hari pengundian.
“Dalam tempoh pilihan raya ini ia tertumpu kepada pemantauan dari segi kawalan dan pencegahan rasuah yang melibatkan elemen-elemen rasuah atau guna kuasa ketika di lapangan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Pembudayaan Integriti-Hijaukan Bumi SPRM dan Jabatan Perhutanan Negeri Melaka di sini hari ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi bagi PRN Melaka pada 20 Nov, penamaan calon pada 8 Nov manakala undi awal pada 16 Nov ini.
PRN Melaka diadakan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri Melaka pada 4 Okt lepas apabila empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
AB RAUF KONGSI INISIATIF BERMANFAAT BERSAMA SAARANI
SERI NEGERI 6 Februari – Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad, mengadakan Kunjung Hormat terhadap Ketua Menteri Melaka Datuk...
MELAKA KOMITED TERUS PERKASA GOLONGAN OKU
BANDARAYA MELAKA 6 Februari - Kerajaan Melaka menggalakkan lebih banyak program yang memberikan manfaat dan memfokuskan kepada aspek pemulihan serta...
ZAHARI BERI PERHATIAN SERIUS ISU KESELAMATAN LALUAN DI PADANG KELADI
DURIAN TUNGGAL 6 Februari – Menambah baik aspek pencahayaan bagi laluan di Kampung Padang Keladi antara langkah segera bakal dilaksanakan...
WRUR 3 DUN BAWA KONSEP ALOR GAJAH KAMPUNG KITA
SERI NEGERI 6 Februari - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) edisi 2026 bakal membuka tirai pada April depan dengan...
SMA AL-ASYRAF PULAU SEBANG SEKOLAH TERBAIK STAM NEGERI MELAKA 2025
AYER KEROH 6 Februari - Sekolah Menengah Agama (SMA) JAIM Al-Asyraf, Pulau Sebang muncul sebagai sekolah terbaik Sijil Tinggi Agama...
KADAR ZAKAT FITRAH MELAKA DIJANGKA MENINGKAT RM1 UNTUK M40, T20
AYER KEROH 5 Februari - Kadar zakat fitrah Melaka pada Ramadan tahun ini dijangka meningkat selaras dengan keadaan ekonomi semasa,...
