Sorting by

×

‘SPY GAME JUNIOR’ PERTAMA MALAYSIA KINI DI MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 26 Saat

BANDARAYA MELAKA 24 Mei – Jangan disangka di Melaka tiada permainan ala-ala perisik yang pertama di Malaysia.

Dikenali sebagai ‘Spy Game Junior’, ia merupakan permainan berkonsepkan latihan perisik untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 12 tahun.

Pakar Pemasaran Digital Breakout Malaysia, Nor Johanna Nor Rhyland berkata, permainan tersebut berkonsepkan mengasah kreativiti dan lebih menarik, ia turut disertai oleh seisi keluarga.

“Permainan ini bakal memberi pengalaman unik kepada peserta kanak-kanak dalam menyelesaikan misi berasaskan penyiasatan serta teka-teki, yang bertujuan untuk menguji kepintaran, kerjasama dan kemahiran menyelesaikan masalah.

“Spy Game Junior sudah mula beroperasi sejak tahun lepas (2024) dan dari segi keselamatan, kami (Breakout Malaysia) amat titikberatkan segala spesifikasi yang telah ditetapkan, malah kami turut akan memantau pergerakan peserta menerusi kamera litar tertutup,” katanya kepada Melaka Hari Ini ketika ditemui di premis Breakout Malaysia di The Shore Shopping Gallery, baru-baru ini.

Img 20250516 wa0019
BREAKOUT Malaysia kini di pusat beli-belah The Shore Melaka dan turut menawarkan permainan ‘Escape Room’ yang mempunyai pelbagai tema dan hanya sesuai untuk golongan dewasa.

Selain Spy Game Junor, Breakout Malaysia turut tawarkan permainan ‘Escape Room’ yang mempunyai pelbagai tema dan hanya sesuai untuk golongan dewasa.

Untuk harga tiket, permainan Spy Game Junior, Breakout Malaysia menawarkan tiga jenis pakej iaitu Mini Family bagi penyertaan dua hingga tiga peserta dengan harga RM119 hingga RM159.

Bagi pakej Most Popular pula untuk penyertaan empat peserta ditawarkan dengan harga RM199 manakala pakej Super Saver untuk lima dan enam peserta berharga RM209 dan RM249.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai permainan Spy Game Junior dan Escape Room, anda boleh layari laman sesawang rasmi Breakout Malaysia di https://www.breakout.com.my

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1546
Kongsi :
Previous post WRUR BUKAN GIMIK RAIH UNDI