Sorting by

×

SUKMA 2026: MELAKA HIMPUN 66 ATLET DALAM ‘PROJEK EMAS’

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

AYER KEROH 30 Disember – Projek Emas yang dilaksanakan sejak 1 Ogos 2025 menjadi platform ampuh dalam mempersiapkan atlet Negeri Melaka menghadapi temasya SUKMA XXII 2026 di Selangor, Ogos tahun depan.

Exco Belia, Sukan dan NGO negeri Datuk VP Shanmugam berkata, program khas ini memberi tumpuan kepada atlet berprestasi tinggi yang berpotensi menyumbangkan pingat kepada kontinjen negeri.

“Projek Emas menyasarkan atlet-atlet berprestasi tinggi bagi memastikan kontinjen Melaka kekal cemerlang pada temasya akan datang.

“Seramai 66 atlet daripada 19 jenis sukan telah diserap ke dalam Projek Emas, termasuk atlet wushu, badminton, renang, petanque, tinju, berbasikal, olahraga, pencak silat, skuasy, sepak takraw, angkat berat, muay thai, judo, ping pong, catur, tenpin boling dan bola keranjang.

“Kesemua atlet ini merupakan penyumbang pingat pada SUKMA 2024 di Sarawak,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Menurutnya, pelantikan rasmi telah dikeluarkan mulai 1 Ogos 2025 bagi memastikan mereka (atlet) kekal sebagai penyumbang pingat utama negeri, selain menikmati keistimewaan daripada program ini.

“Manakala Projek SUKMA pula memberi fokus kepada atlet lain daripada sukan-sukan yang dipertandingkan di SUKMA XXII 2026.

“Semua atlet masih belum boleh didaftarkan kerana sistem pendaftaran rasmi masih belum dibuka walaupun Majlis Sukan Negeri (MSN) Melaka telah menyiapkan pendaftaran sukan bagi SUKMA 2026,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

455
Kongsi :
Previous post KONDA KONDI, DAM AJI MERIAHKAN MELAKA DI HUJUNG TAHUN
Next post MAIM PERUNTUK RM360,000 BANTU RAWATAN BERKALA ASNAF IBNU SABIL