
SURI RUMAH RUGI LEBIH RM150,000 DIPERDAYA SINDIKET TAWARAN KERJA TIDAK WUJUD
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata wanita berumur 30 tahun itu pada mulanya tertarik dengan iklan tawaran kerja membuat tempahan bilik hotel itu di laman sosial pada 9 Mei, dan dijanjikan komisen 10 peratus daripada modal dikeluarkan.
Beliau berkata tugasan itu kononnya untuk menaikkan rating hotel, dengan wanita itu dikehendaki menekan pautan diberikan bagi memilih bilik hotel dan menghantar gambar serta bukti pembayaran setelah selesai tugasan.
“Wanita itu yang teruja kerana menerima komisen tugasan pertama, telah membuat tugasan lain melibatkan pembayaran RM158,498.89 secara berperingkat ke sembilan akaun bank,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Azli berkata suri rumah yang menggunakan wang modal perniagaan bapanya berasa panik apabila tidak menerima komisen dijanjikan, selain gagal menghubungi suspek.
Beliau berkata wanita itu kemudiannya membuat laporan polis pada 11.42 pagi semalam, dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KPDN MELAKA CATAT NILAI RAMPASAN LEBIH RM600,000 KURANG TIGA BULAN
PENGKALAN BATU 19 Mac - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka merekodkan lebih RM600,000 nilai rampasan...
ANGGOTA ‘F.RON.T’ MBMB BERTUGAS 24 JAM TANGANI KES KECEMASAN
AYER KEROH 19 Mac - Unit First Response Team (F.RON.T) Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) beroperasi 24 jam setiap hari...
SENARAI RUMAH TERBUKA AIDILFITRI 2026 NEGERI MELAKA
BERIKUT disertakan senarai Rumah Terbuka Aidilfitri Negeri Melaka bagi tahun 2026. Ketetapan tarikh, masa dan lokasi bagaimanapun tertakluk kepada perubahan:...
JUALAN PRIHATIN DUN PAYA RUMPUT DISERBU, TAWAR AYAM RM7 DAN DAGING RM25
PAYA RUMPUT 18 Mac - Jualan Prihatin Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput menerima sambutan luar biasa apabila orang ramai...
OPS HRA 2026: JPJ MELAKA AMBIL TINDAKAN TERHADAP 430 KENDERAAN, ENAM DISITA
MELAKA, 18 Mac - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka mengambil tindakan terhadap 430 kenderaan selain menyita enam yang lain dalam...
HUFFAZ TAPI HEBAT MENYELAM, PULAU BESAR KINI ‘KILANG’ TAHFIZ TVET
AYER MOLEK 18 Mac - Maahad Tahfiz Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) pertama negara yang memperkenalkan persijilan kursus...
