Sorting by

×

SWM ENVIRONMENT BANTU MURID DI DUYONG ‘KEMBALI KE SEKOLAH’

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

DUYONG 18 Disember – Seramai 50 murid dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong menerima sumbangan kelengkapan bagi persiapan sesi persekolahan 2026.

Kelengkapan sekolah itu disumbangkan SWM Environment menerusi program di bawah inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) SWM Kasih ‘Back to School’ di Dewan Japerun Duyong, baru-baru ini.

Pengurus Besar Korporat SWM Environment Mohd Norlisam Mohd Nordin berkata, ia merupakan inisiatif pihaknya untuk menyumbang kepada masyarakat, khususnya bagi membantu golongan yang memerlukan.

Beliau turut menyatakan rasa berbesar hati untuk bersama Japerun Duyong dalam memberikan sumbangan kepada golongan pelajar sekolah yang memerlukan di dalam DUN berkenaan.

“Bagi SWM Kasih ‘Back to School’ di Melaka kali ini, pihak kami berbesar hati untuk menyumbang barangan persekolahan seperti beg galas SWM Environment dan set alat tulis kepada para pelajar yang memerlukan.

“Diharapkan dengan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga pelajar yang terlibat bagi persiapan menjelang sesi persekolahan 2026 sekali gus meningkatkan lagi semangat kepada para pelajar ini untuk terus menuntut ilmu dan berjaya dalam bidang akademik.

“Pihak SWM Environment juga ingin merakamkan penghargaan kepada pihak Japerun Duyong di atas sokongan berterusan kepada semua pihak dalam membantu pelajar yang memerlukan bantuan bagi memastikan mereka tidak ketinggalan dalam akademik,” katanya.

Terdahulu, penyampaian sumbangan itu telah disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem.

Dalam pada Mohd Norlisam berharap, pelajar-pelajar yang dibantu bakal menyumbang sesuatu bukan sahaja untuk kemajuan di DUN Duyong, malah buat Negeri Melaka dan negara pada masa akan datang.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

422
Kongsi :
Previous post MAIM TAMBAH BAIK AGIHAN BANTUAN SEKOLAH, MUDAHKAN PENERIMA
Next post AB RAUF ZIARAH WARGA WARGA EMAS, PESAKIT KANSER HATI