
SWM ENVIRONMENT PUPUK KESEDARAN GENERASI MUDA JAGA KEBERSIHAN PANTAI
PANTAI KUNDOR 27 September – SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) terus menyokong usaha kelestarian alam
sekitar menerusi penganjuran inisiatif pembersihan pantai secara tahunan bersama pelbagai pihak berkepentingan.
Sempena sambutan Hari Pembersihan
Sedunia (World Cleanup Day) 2025, SWM Environment dengan kerjasama sebuah jenama makanan dan minuman, telah menjayakan program pembersihan pantai melibatkan penyertaan pelajar-pelajar sekolah dari seluruh Negeri Melaka di Pantai Puteri, di sini.
Pengurus Besar Komunikasi Korporat SWM Environment, Mohd Norlisam Mohd Nordin berkata, pihaknya mengambil inisiatif melaksanakan aktiviti pembersihan pantai
berkenaan bersama kira-kira 100 pelajar sekolah dari seluruh negeri Melaka sebagai menyahut seruan meningkatkan kesedaran awam terhadap penjagaan alam sekitar.
“Program seumpama ini diharap dapat memberi kesedaran kepada orang ramai khususnya golongan muda mengenai
kepentingan menjaga dan memelihara kebersihan pantai dan demi keselesaan semua pengunjung pantai ini.
“Pantai yang bersih dan indah bukan sahaja dapat menarik pengunjung ke salah satu pantai tumpuan di negeri ini, malah membantu Kerajaan Negeri mempromosikan Pantai Puteri sebagai destinasi pelancongan lebih-lebih lagi apabila Melaka menjadi tuan rumah kepada penganjuran Hari Pelancongan Sedunia (WTD) dan Persidangan Pelancongan Sedunia (WTC) 2025,” katanya.

Sedunia (World Cleanup Day) 2025 anjuran SWM Environment di Pantai Puteri.
Menurutnya lagi, penganjuran Hari Pembersihan Sedunia di lokasi sama tahun lalu mengumpulkan lebih 2,000 puntung rokok, 504 unit botol plastik dan 333 cebisan
plastik di mana ketiga-tiga kategori ini merupakan sisa terbanyak yang ditemui
di sekitar kawasan pantai berkenaan.
Pada program itu, para sukarelawan turut diberikan penerangan mengenai pengurusan sisa pepejal dan audit sisa bagi mengasingkan sisa yang boleh dikitar semula dan sisa yang tidak boleh dikitar semula.
Sebagai peneraju dalam pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor, SWM Environment akan terus memperkukuh inisiatif pendidikan alam sekitar, di samping melaksanakan program berterusan bagi menyokong aspirasi kerajaan dalam memelihara dan melestarikan alam sekitar.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.