
Tahan sakit 40 minit tangan tersepit dalam mesin kupas sabut kelapa
IPOH, 22 Ogos – Seorang pekerja warga Bangladesh terpaksa menahan kesakitan lebih 40 minit sebelum tangan kanannya yang tersepit dalam mesin kupas sabut kelapa berjaya dikeluarkan bomba dalam kejadian yang berlaku di Bagan Datuk, tengah hari tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata mangsa Miraj Hossain, 35, mengalami kecederaan parah pada pergelangan tangan kanannya, selepas insiden itu.
Beliau berkata pihaknya menerima panggilan pada 12.03 tengah hari sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Hutan Melintang tiba di lokasi kejadian kira-kira 20 minit kemudian.
“Ketua Operasi mengarahkan anggota menggunakan peralatan hidraulik bagi mengeluarkan tangan mangsa yang tersepit semasa menjalankan rutin kerja harian,” katanya dalam kenyataan.
Sabarodzi berkata proses mengeluarkan pergelangan tangan mangsa daripada mesin tersebut mengambil masa kira-kira 40 minit dan mangsa kemudiannya diberikan rawatan lanjut oleh petugas kesihatan.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
KERAJAAN KEKALKAN BANTUAN BUDI DIESEL RM300 SEBULAN UNTUK APRIL – MOF
KUALA LUMPUR 31 Mac - Kerajaan mengekalkan bantuan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) pada kadar RM300 sebulan untuk April ini...
PERATUSAN CALON SPM MELAKA LAYAK TERIMA SIJIL MENINGKAT
ALOR GAJAH 31 Mac – Pencapaian keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 bagi Negeri Melaka menunjukkan peningkatan membanggakan apabila 97.07...
KAMPUNG DIGITAL MUDAHKAN URUSAN, PENDUDUK DUYONG PUJI USAHA KERAJAAN NEGERI
DUYONG 28 Mac – Pelaksanaan Kampung Digital di Perkampungan Hang Tuah disifatkan sebagai langkah tepat dalam memudahkan urusan harian penduduk....
PELANCONGAN MELAKA TAWAN DUNIA
BANDARAYA MELAKA 31 Mac - Melaka kini menjadi tumpuan dunia apabila negeri ini dipilih sebagai tuan rumah bagi penganjuran pelbagai...
MASA DEPAN MELAKA SEMAKIN BAIK
BANDARAYA MELAKA 31 Mac - Masa depan Melaka kini semakin baik apabila nilai pelaburan masuk ke negeri ini terus meningkat,...
390 CALON SPM MELAKA RAIH SEMUA A
ALOR GAJAH 31 Mac – Seramai 390 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 Melaka berjaya memperoleh keputusan cemerlang semua A,...

