Sorting by

×

TAHAP KEBOLEHPASARAN TVET MALAYSIA CATAT 95.1 PERATUS, KEKAL RELEVAN

Masa Membaca:1 Minit, 32 Saat

BANDARAYA MELAKA 11 Jun – Malaysia terus komited memperkasa dan memastikan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kekal relevan untuk masa hadapan apabila tahap kebolehpasaran graduan bidang terbabit mencatatkan tahap 95.1 peratus.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata peratusan itu membuktikan bidang tersebut bukan lagi pilihan kedua pada masa kini.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata antara pendekatan yang digunakan untuk mencapai ke tahap tersebut adalah termasuk memastikan komuniti masyarakat Orang Asli dan orang kurang upaya (OKU) tidak ketinggalan daripada diberi akses meneroka bidang TVET.

“Pendekatan untuk mengangkat TVET di Malaysia dilaksanakan secara inklusif, tiada yang terpinggir atau individu OKU yang ketinggalan apabila inisiatif ini disesuaikan dengan program khusus bagi membolehkan mereka memperoleh kemahiran seterusnya menyumbang kepada ekonomi tempatan.

“Pada tahun 2024, pendaftaran TVET mencapai 436,285 pelajar, manakala 53.5peratus daripada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memilih TVET dan ini petunjuk yang jelas bahawa persepsi awam telah berubah.

“Paling penting, kebolehpasaran graduan TVET kini berada pada 95.1 peratus, menunjukkan bahawa TVET adalah bukan lagi pilihan sekunder, tetapi jalan pilihan pertama dengan hasil yang nyata,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Ucaptama sterusnya menyempurnakan Dialog Dasar Serantau Majlis TVET ASEAN ke-4 dengan tema ‘TVET untuk Kemajuan Luar Bandar dan Serantau’ di sebuah hotel, di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh; Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Azhar Arshad; Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh, barisan Exco, Timbalan Exco, serta kenamaan lain.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara berkata Model TVET Malaysia disokong oleh tadbir urus yang kukuh.

“Perkhidmatan TVET Kebangsaan menerusi Majlis TVET Negara memastikan dasar penjajaran, mengurangkan pertindihan dan menguatkan koordinasi, jadi tiada bakat atau sumber yang terbuang,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

333
Kongsi :
Previous post TAWAR AKREDITASI, PERKASA EKOSISTEM TVET
Next post WANITA DILAPORKAN HANYUT DI SUNGAI TRIANG DITEMUKAN LEMAS