Sorting by

×

TAHUN MELAWAT MELAKA 2.0: PENJAWAT AWAM, PASUKAN BERUNIFORM NIKMATI PRODUK PELANCONGAN PERCUMA

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

BANDA HILIR 4 Januari – Melaka menawarkan kemasukan percuma ke produk pelancongan terpilih kepada seluruh penjawat awam dan anggota pasukan beruniform seluruh negara sempena sambutan hari-hari kebesaran yang digazet kerajaan sepanjang Tahun Melawat Melaka 2.0.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, inisiatif itu merupakan tanda penghargaan kepada golongan penjawat awam serta pasukan keselamatan yang banyak berbakti kepada negara.

“Tahun ini kita menghadiahkan kemasukan percuma kepada semua sektor perkhidmatan awam dan unit pakaian beruniform seluruh negara sempena hari-hari kebesaran seperti Hari Polis, Hari Tentera, Hari Guru, Hari Jururawat dan lain-lain hari yang telah digazet kerajaan.

“Mereka hanya perlu menunjukkan kad pengenalan serta identiti tempat kerja untuk menikmati kemasukan percuma ke lokasi pelancongan terlibat di Melaka,” kata Ketua Menteri pada sidang media selepas Majlis Perasmian Melaka Bila Larut Malam 3.0 di Perkarangan Stadthuys, di sini, semalam.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Azhar Arshad; Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri Datuk Kalsom Noordin; Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Datuk Shadan Othman serta kenamaan lain.

Ab Rauf berkata, keistimewaan itu turut diperluaskan kepada ahli keluarga apabila Kerajaan Negeri menawarkan diskaun 50 peratus bagi kemasukan bersama keluarga.

“Kalau bawa keluarga, kita beri diskaun 50 peratus. Peluang ini diharapkan dapat dimanfaatkan sepenuhnya sepanjang Tahun Melawat Melaka 2.0,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

668
Kongsi :
Previous post MELAKA BILA LARUT MALAM 3.0 PACU PELANCONGAN MALAM NEGERI
Next post BUSANA TRADISIONAL ANGKAT SENI DAN BUDAYA MELAKA