Sorting by

×

TAHUN PERTAMA BERNIAGA, RIFKARL RAIH SAMBUTAN LUAR BIASA DI BAZAR IKONIK BANDA HILIR

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

BANDA HILIR 20 Februari – Peniaga pakaian Arif Moidin, 41, atau lebih dikenali dengan nama ‘Rifkarl’ meluahkan rasa syukur apabila menerima sambutan menggalakkan daripada pengunjung di Bazar Ikonik Banda Hilir.

Menurut Rifkarl, tahun ini merupakan penyertaan pertamanya berniaga di bazar berkenaan dan ternyata memberi pulangan positif dari segi jualan serta pendedahan jenama kepada orang ramai.

“Ini tahun pertama saya berniaga di sini, Alhamdulillah sambutan memang luar biasa. Selain berniaga, niat saya juga mahu berkongsi rezeki dengan orang Melaka,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Menariknya, Rifkarl tampil dengan promosi unik apabila menawarkan sepasang pakaian raya pada harga RM50 kepada pengunjung yang menyebut namanya, ‘Karl’, di booth miliknya.

“Promosi ini merangkumi pelbagai jenis pakaian termasuk baju Melayu dan baju kurung dewasa, pakaian kanak-kanak serta set keluarga.

“Harga asal ada yang RM88, RM78 dan RM68, tetapi bila pegunjung sebut nama saya, semuanya jadi RM50 sepasang,” katanya.

Rifkarl memilih Bazar Ikonik Banda Hilir kerana lokasinya yang strategik di tengah bandar dan menjadi tumpuan pelancong serta penduduk tempatan.

“Selain jualan, suasana di bazar turut dimeriahkan dengan hiburan mingguan pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad bagi menarik lebih ramai pengunjung.

“Setakat tujuh hari saya berniaga Alhamdulillah, sambutan sangat baik. Banyak juga saya dapat kongsi rezeki, termasuk jual pakaian kanak-kanak dua pasang RM50,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

382
Kongsi :
Previous post KOMPLEKS AS SOLIHIN MERCU AGAMA BAHARU PAYA RUMPUT
Next post SEJATI MADANI BANTU 4 USAHAWAN TANAH MERAH BERKEMBANG